30 April 2012

Mesyuarat Pendokumentasian Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Kompilasi Dokumen
PKG Bakri, Muar, 30 April 2012 -  Mesyuarat dijalankan pada jam 02.30 petang.  Antara perkara yang dibincangkan ialah penyemakan dokumen KEW.PA-9 dan KEW.PA-2 serta Senarai Spesifikasi Peralatan.

24 April 2012

Verifikasi Dokumen Switch dan LCD Projector

PKG Sungai Balang, Muar, 24 April 2012 - Melaksanakan Verifikasi Dokumen DHM Switch dan Projektor LCD yang rosak bagi semua sekolah kelompok.  Penyemakan dan kompilasi data melalui STS untuk dimajukan ke Unit ICT, BTPN Johor.  Rujuk:-
From : Mohd Rizal B. Abu Samah
Subject : Pengumpulan Data Kerosakan LCD dan Switch Sekolah Harian Negeri Johor 2012
To : pkg joh

23 April 2012

Minggu PSS 2012 - SMK Raja Muda

SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar, 23 April 2012 - Majlis ini diadakan sempena "HARI BUKU SEDUNIA" dan dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar.

22 April 2012

20 April 2012

Khidmat Bantu Kepakaran ICT

PPD Muar, 20 April 2012 - Khidmat Bantu kepakaran ICT dijalankan bagi bengkel aplikasi  ....  bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Muar dan Ledang.  Penceramah dari Bios One Sdn. Bhd. telah menyampaikan teknikal Aplikasi i-NILAm, 1Q-PSS dan PS Sentral.

Ya ALLAH, Mohon Rezeki Yang Halal ...


19 April 2012

Khidmat Bantu Kepakaran ICT

PPD Muar, 19 April 2012 - Khidmat Bantu kepakaran ICT dijalankan bagi bengkel aplikasi  ....  bagi Sekolah-sekolah Kebangsaan Daerah Muar dan Ledang.  Penceramah dari Bios One Sdn. Bhd. telah menyampaikan teknikal Aplikasi i-NILAm, 1Q-PSS dan PS Sentral.

18 April 2012

Khidmat Bantu Kepakaran ICT

PPD Muar, 18 April 2012 - Khidmat kepakaran bagi persediaan bengkel ...

17 April 2012

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Bil. 4 Tahun 2012

PKG Parit Bunga, Ledang, 17 April 2012 - Antara agenda yang dibincangkan ialah Bengkel Aplikasi i-NILAM, Kertas Cadangan Program Kecemerlangan PSS 2013 dan Program Pembangunan PSS 2013.  Kehadiran semua PTP PKG dan Wakil Pembantu Tadbir.

16 April 2012

BTPNJ Oh BTPNJ .....

BTPN Johor, Isnin 16 April 2012 - Taklimat bencana alam bersama Timbalan Pengarah BTP, Tuan Haji Wan Mohd. Noor bin Wan Endut.

15 April 2012

12 April 2012

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti GPB dan JTK

PKG Sungai Balang, Muar, 12 April 2012 - Mesyuarat tersebut diadakan mulai jam 02.00 petang. Kehadiran mesyuarat ialah Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah.

Majlis Persaraan Guru Besar SK Parit Bulat

SK Parit Bulat, Muar, 12 April 2012 - Puan Hajjah Miskiah binti Haji Marzuki, Guru Besar SK Parit Bulat akan bersara mulai 15 April 2012. Pada hari ini diadakan Majlis Kunjung Hormat sempena persaraan beliau mulai jam 08.30 pagi. Tahniah !!!

10 April 2012

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti GPM

PKG Sungai Balang, Muar, 10 April 2012 - Antara perkara yang dibentangkan ialah laporan Nilam dan iQ-PSS 2011, Pengurusan PSS Cemerlang, Aplikasi i-NILAM dan iQ-PSS 2012. Disamping itu penggunaan PuAS, EduWebTV dan Rangkaian 1BestariNET.

Renungan Bersama .....

09 April 2012

Latihan HP Multiseat SK Parit No. 5

SK Parit No. 5, Muar, 09 April 2012 - Latihan dan Pemantauan ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin (PTP PKG) dan Cik Siti Salwa binti Ahmad (JTK PKG).

06 April 2012

Lawatan Tapak SJKT Ldg Temiang Renchong

Bukit Pasir, Muar, 06 April 2012 - Persediaan Projek Pecah Tanah SJKT Ladang Temiang Renchong, Muar, yang akan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, hari Sabtu 07 April 2012, jam 02.00 petang.

Khidmat Bantu Kepakaran Teknopen di SK Panchor

SK Panchor, Muar, 06 April 2012 - Khidmat bantu ini dilaksanakan sempena Majlis Jalinan Mesra Warga Pendidikan Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri pada hari Sabtu, 07 April 2012 di Dewan SK Panchor, Muar.

05 April 2012

Bengkel Penyediaan Modul Pembudayaan ICT

PKG Parit Bunga, Ledang, 05 April 2012 - Penyediaan peringkat draf dokumen pemantauan penggunaan inisiatif ICT ke arah pembestarian sekolah.

Progran DIGI CyberSafe In School di SMK Temenggong Ibrahim

Program ini diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang betapa bahayanya melayari internet tanpa pengetahuan tentang keselamatan. Sebanyak 99% murid yang hadir dalam program ini mempunyai akaun Facebook. Ini akan menyebabkan mereka terdedah dengan risiko. Risiko yang akan dihadapi oleh murid dan pelajar ketika melayari laman ini adalah

1. Pembulian dalam siber -
Dimana seorang kanak-kanak diancam,diaibkan atau menjadi sasaran kanak-kanak lain dengan menggunakan internet, telefon mudah alih atau lain-lain peralatan yang berteknologi tinggi. Di laman Facebook juga tidak terkecuali dengan menghantar mesej negatif dan memalukan.

2. Hendap Siber,
Penjenayah akan mengganggu mangsa dengan menggunakan komunikasi elektronik seperti emel atau emel segera(IM) atau mesej yang dihantar ke laman web atau forum. Biasanya penjenayah ini akan menyamar dengan menggunakan identiti orang lain atau sebagai anonymous

3. Grooming Siber
Ia adalah proses yang digunakan oleh pemangsa kanak-kanak untuk menyediakan sasaran yang berpotensi sebagai mangsa dengan cara berkawan dan mendapatkan kepercayaan kanak-kanak yang telah disasarkan supaya mereka tidak menyedari bahawa mereka telah dipergunakan dan telah dieksploitasi di atas talian.

4. Pornografi kanak-kanak
Kanak-kanak juga akan dipujuk untuk bergambar dalam keadaan yang menghairahkan dengan pemberian insentif seperti wang tunai, hadiah dan sebagainya.
5. Kecurian Identiti
Apabila orang lain menggunakan maklumat peribadi dengan niat.

04 April 2012

Penilaian Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan - SK Ledang

SK Ledang, Ledang, Johor, 04 April 2012 - Penilaian akan dijalankan oleh dua orang panel yang telah dilantik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

03 April 2012

Penilaian Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan - SMK Parit Bunga

SMK Parit Bunga, Ledang, 03 April 2012 - Penilaian akan dijalankan oleh dua orang panel yang telah dilantik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

02 April 2012

Ulangkaji ...

Bengkel Penyediaan Modul Pembudayaan ICT

PKG Parit Bunga, Ledang, 02 hingga 05 April 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan modul pemantauan penggunaan Kampus Astro, EduWebTV, Bahan Digital MBMMBI dan VLE Rangkaian 1BestariNet. Bengkel diketuai oleh Tuan Haji Baharom bin Haron, Pengerusi JK Media dan Pembestarian Sekolah Daerah Muar dan Ledang, Johor.