24 Julai 2012

Pemantauan PSS & ICT SK Sg Balang Darat

Status 1BRIS
Sungai Balang Darat, Muar, 24 Julai 2012 - Image yang menunjukkan status pemasangan 1BRIS.

20 Julai 2012

Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif ICT Sekolah

PKG Sungai Balang, Muar, 20 Julai 2012 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai Balang, Muar.  Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk 1BestariNet, Penggunaan Makmal Bahasa, Domain SSQS dan Semakan Dokumen Inisiatif ICT Sekolah di PKG.

19 Julai 2012

HRMIS - Pengisian Submodul SKT Individu

Nota Panduan ...
PKG Sungai Balang, Muar, 19 Julai 2012 - Tatacara Penyediaan Submodul LNPT bagi pegawai dan staf PKG ialah mewujudkan medan pengisian Aktiviti/Projek/Keterangan, memasukkan item bagi fungsi dan aktiviti/projek/keterangan, memasukkan KPI (petunjuk prestasi serta sasaran kerja, menghapuskan (padam) item fungsi serta KPI dan memapar serta menyimpan/mencetak dokumen.

Kursus Tugas dan Peranan JTK Sekolah

PPD Muar, 19 Julai 2012 - Kursus ini dijalankan bagi tujuan memberi pendedahan mengenai inisiatif ICT terkini kepada semua Juruteknik Komputer Sekolah bersama Pentadbir masing-masing.  Seramai 144 orang perserta telah hadir.  Penceramah ialah Encik Mokhtar bin Omar, PTP BTPN Johor (Unit ICT).

18 Julai 2012

Taklimat Penyelarasan HRMIS

PKG Parit Bunga, Ledang, 18 Julai 2012 - Taklimat ini dihadiri oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP PKG dan Puan Nor Azizah binti Haji Saim, Pembantu Tadbir PKG Sungai Balang, Muar.

17 Julai 2012

Bengkel Pembangunan e-Bahan BTPN-PKG Johor

Hotel Emperor Melaka, 17 hingga 20 Julai 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP2 PKG Sungai Balang, Muar.  Semua peserta diminta membawa bahan yang boleh dimuatnaik sebagai bahan rujukan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.


Majlis Kunjung Hormat Sempena Persaraan Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh

PKG Parit Jawa, Muar, 17 Julai 2012 - Majlis ini dijalankan mulai jam 03.00 petang.  Tetamu dalam majlis iai ialah Tuan KPP, BTPN Johor, Semua Pentadbir Sekolah Kelompok PKG Parit Jawa serta Semua Pegawai dan Pembantu Operasi PKG.

Mesyuarat JKPA Bil. 7 Tahun 2012

PKG Parit Jawa, Muar, 17 Julai 2012 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Muar dan Ledang Bil. 7 Tahun 2012 dipengerusikan oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai Balang, Muar, mulai jam 11.30 pagi.  Antara perkara yang dibincangkan ialah Program Kecemerlangan dan Pembangunan PSS 2013, Program Anugerah NILAM 2012, Pemantapan JTK Sekolah dan Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa).

Ceramah Agama Sempena Ketibaan Ramadhan 1433H

PKG Parit Jawa, Muar, 17 Julai 2012 - Majlis ini diadakan sempena ketibaan Bulan Ramadhan 1433 Hijrah.  Penceramah jemputan ialah Ustaz Haji Sulaimen bin Sarip.  Semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG hadir.  Majlis bermula jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi.

13 Julai 2012

Bengkel Pengisian Pelaporan Panitia JKKD Daerah Muar

PPD Muar, 13 Julai 2012 - Bengkel ini akan diadakan mulai jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Gagasan, Pejabat Pelajaran Daerah Muar.  Kemudahan yang perlu dibawa ialah Komputer Bimbit, wayar penyambung dan Laporan Panitia Pusat Sumber dan Pembestarian Sekolah 2012.

12 Julai 2012

Cambrige Placement Test (CPT) Bahasa Inggeris

PKG Sungai Balang, Muar, 12 Julai 2012 - SK Parit Latiff, Muar, menggunakan kemudahan bilik dan talian internet bagi melaksanakan aktiviti ini.  Empat orang guru yang terlibat dalan ujian ini.  JTK SK Parit Latiff dan PKG Sungai Balang sebagai pembantu teknikal.

Bengkel Program Jejak Maklumat

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 12 Julai 2012 - Bengkel Program/Aktiviti Jejak Maklumat diadakan pada 12 dan 13 Julai 2012 bersama Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media Daerah Muar dan Ledang.  Peserta menjalankan aktiviti secara berkumpulan.  PTP PKG sebagai Fasilitator aktiviti ini


Bengkel Pengurusan Stor Kerajaan PKG

PKG Parit Raja, Batu Pahat, 12 Julai 2012 - Bengkel dihadiri oleh Pembantu Tadbir dan PTP PKG Sungai Balang, Muar.  Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Nilam Tahir, PT BTPN Johor dan PT PKG Pekan Nenas, Pontian.  Bengkel secara pemerhatian dan "hands-on" ini dijalankan pada 12 dan 13 Julai 2012.

11 Julai 2012

Bengkel Program Jejak Maklumat

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 11 Julai 2012 - Bengkel penyediaan bahan aktiviti Program Jejak Maklumat yang akan diadakan pada 12 dan 13 Julai 2012 bersama Jawatankuasa Guru Perpustakaan dan Media Daerah Muar dan Ledang.

06 Julai 2012

Pemeriksaan Aset Kerajaaan di PKG Parit Setongkat

PKG Parit Setongkat, Muar, 06 Julai 2012 - Pemeriksaan dijalankan oleh Encik Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang), Encik Akbar bin Ibrahim (PTP PKG Parit Jawa), Puan Nor Azizah binti Haji Saim (PT PKG Sungai Balang) dan Puan Sriwani binti Ahmad (PT PKG Parit Jawa).  Dokumen yang dirujuk ialah Senarai Semak Aset, KEW.PA4, KEW.PA-5, KEW.PA-2, KEW.PA-3 dan KEW.PA-6.

05 Julai 2012

Bengkel Pembinaan Bahan Modul Jejak Maklumat PSS

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 05 Julai 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.

04 Julai 2012

Pemantauan di SK Parit Bulat

SK Parit Bulat, Muar, 04 Julai 2012 - Pemantauan dijalan oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar bersama Cik Siti Salwa binti Ahmad, JTK PKG.  Pemantauan dijalankan bagi memastikan status iQ-PSS telah dipenuhi.

Pemantauan di SJKC Boon Lim

SJKC Boon Lim, Parit Bulat, 04 Julai 2012 - Pemantauan Pembangunan PSS telah dijalankan bagi menilai tahap kesediaan sekolah ini yang telah dipilih dalam Program Pembangunan PSS 2012.  Pemantauan dijalankan oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar bersama Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG.

03 Julai 2012

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Bakri

PKG Bakri, Muar, 03 Julai 2012 - Pemantauan dan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Bakri dijalankan oleh Encik Sha'piee bin Ali, Encik Abu Saifuddin bin Hj Abu Hanipah, Pn Nor Azizah binti Hj Saim dan Pn Nazlah binti Ab Latiff.  PKG Bakri telah menyedia Senarai Semak Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan, KEW.PA-4 dan KEW.PA-5 bagi melicinkan proses pemeriksaan Harta Modal, Inventori dan Kad Harta Modal serta Kad Inventori.  Tahniah PKG Bakri !!!