26 Disember 2012

Portal PKG Muar dan Ledang


Bengkel Penerbitan dan Penyuntingan Video

PKG Parit Bunga, Ledang, 26 Disember 2012 - Bengkel Penerbitan dan Penyuntingan Video Multimedia Program NILAM dan Jejak Maklumat 2012 diadakah mulai 26 dan 27 Disember 2012.  Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.

25 Disember 2012

Penandaan Kertas SPM Sains dan Pendidikan Islam

PKG Sungai Balang, Muar, 24 Disember 2012 - Ketua Pemeriksa Penandaan Kertas Sains ialah Puan Fauziyah binti Haji Awang Nik, SMK Tun Mamat, Ledang.  Penandaan kertas Pendidikan Islam diketuai oleh Ustazah Fatimah Einon binti Soib, SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang.  Pegawai bertugas hari ini ialah Cik Siti Salwa binti Ahmad, 25.12.2012 (Hari Selasa - Cuti Am Hari Krismas).

21 Disember 2012

Kompilasi Data Inisiatif ICT Daerah

PKG Sungai Balang, Muar, 21 Disember 2012 - Data yang dapat digabungkan dari PKG Sg Balang, PKG Pt Jawa, PKG Bakri, PKG Bkt Gambir, PKG Jln Tunku Bendahara, PKG Lenga dan PKG Pt Bunga.  Sementara data PKG Tangkak, PKG Serom dan PKG Pt Setongkat hantar ke BTPN.

19 Disember 2012

Serah Tugas Pengerusi JKPA PKG Muar & Ledang


Mesyuarat JKPA PKG Daerah Bil. 12/2012

PKG Serom, Ledang, 19 Disember 2012 - Antara lain agenda mesyuarat ialah Pembentangan Perancangan Aktiviti PKG Daerah Tahun 2013 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Aktiviti PKG Daerah Tahun 2013-2014 Encik Esa bin Sudar, PTP1 PKG Serom, Ledang, Johor (Wakil Pengurusan PKG Daerah 2013).

18 Disember 2012

Khidmat Bantu Kepakaran Aplikasi FrogVLE

SK Parit Nawi, Muar, 18 Disember 2012 - Khidmat bantu dijalankan atas keperluan pihak sekolah.  Fasilitator yang terlibat ialah Pn Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang), Encik Kamarul Ariffin Abd Rahman (JTK SK Parit Pechah) dan Encik Muhammad Nor Ridwan bin Razali (JTK SK Seri Menanti).

14 Disember 2012

Majlis Persaraan Encik Mazilan Ra'afi

PKG Endau, Mersing, 14 Disember 2012 - Majlis ini dihadiri oleh Encik Sha'piee bin Ali.  Majlis ini diadakan di PKG Endau.  Turut hadir Puan Timbalan PPD Mersing, Tuan KPP, BTPN Johor dan Wakil Pengurusan PKG Daerah Negeri Johor.

Bengkel Pendawaian Rangkaian Komunikasi

BTPN Johor, 13 Disember 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad.

13 Disember 2012

Edaran Bahan Digital MBMMBI Tahun 3 & 4, 2013

PKG Sungai Balang, Muar, 13 Disember 2012 - Bahan tersebut telah diedarkan kepada 9 buah sekolah rendah. Dokumen Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Maklumbalas Penerimaan dan Pengujian telah diedarkan bersama dan perlu dikembalikan sebelum atau pada 24 Disember 2012 ke PKG.

Bengkel Verifikasi Data Inisiatif ICT 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 13 Disember 2012 - Bengkel dijalankan bersama Juruteknik Komputer Sekolah ahli bagi memastikan data yang dikutip adalah sahih.

12 Disember 2012

Kerja-kerja Nyah Anai-anai

Pemantauan Inisiatif ICT Sekolah

PKG Sungai Balang, Muar, 12 Disember 2012 - Khidmat bantu pemantauan dilaksanakan ke sekolah kelompok bagi mendapatkan data yang tepat.  Khidmat bantu dijalankan mulai 12 hingga 14 Disember 2012, dengan kerjasama Juruteknik Komputer Sekolah.

11 Disember 2012

Taklimat Data Inisiatif ICT Sekolah 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 11 Disember 2012 - Taklimat akan diadakan mulai jam 08.30 pagi.  Peserta yang terlibat ialah semua Juruteknik Komputer Sekolah dan Guru Penyelaras ICT.  Taklimat ini bertujuan mendapatkan khidmat bantu pihak sekolah dalam proses pemantauan data inisiatif ICT sekolah.

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Johor Bil. 4/2012

BTPN Johor, Skudai, 11 Disember 2012 - Mesyuarat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.  Mesyuarat berlangsung mulai 11 dan 12 Disember 2012.  Bekalan Bahan Digital dan Perisian Makmal Bahasa MBMMBI akan diedarkan.  Majlis Persaraan Encik Mazilan Ra'afi diadakan pada tengah hari 11.12.2012.

10 Disember 2012

Penandaan Kertas Matematik SPM 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 10 hingga 13 Disember 2012 - Penandaan kertas ini diketuai oleh Puan Rihana binti Mohd Islam, SMK Convent, Muar.

07 Disember 2012

Penandaan Kertas Pendidikan Islam SPM 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 07 hingga 09 Disember 2012 - Penandaan kertas ini diketuai oleh Ustazah Fatimah Einon binti Soib, SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang.  Pegawai bertugas ialah Cik Siti Salwa binti Ahmad, 08 (Hari Sabtu) dan 09 (Hari Ahad).

06 Disember 2012

Taklimat Khas Pengarah BTP

Bukit Kiara, Kuala Lumpur, 06 Disember 2012 - Taklimat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Sungai Balang, Muar.

04 Disember 2012

Penandaan Kertas Sains SPM 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 04 Disember 2012 - Penandaan Kertas Sains SPM berlangsung mulai 04 hingga 06 Disember 2012.  Ketua Pemeriksa ialah Puan Fauziyah binti Haji Awang Nik, SMK Tun Mamat, Ledang.