05 April 2011

Khdimat Bantu Infra LAN Asrama SMKA Maahad Muar

SMKA Maahad, Muar, 05 April 2011 - Penyediaan Rangkaian Setempat (LAN) meliputi Asrama Putera sekolah ini dan dipersekitaran surau bagi akses di kawasan Dewan Besar dan Rumah Kakitangan sekolah ini. Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh PTP PKG Parit Jawa serta Juruteknik PKG dan sekolahnya, dan PTP PKG Sungai Balang dan Juruteknik Sekolah Ahlinya.

30 Mac 2011

Latihan Kemahiran Penyelenggaraan Pemulihan Peralatan ICT dan OS di SK Tanjong Tohor

Tanjong Tohor, Muar, 30 Mac 2011 - Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyahkan habuk pada komponen peralatan ICT, Updated Anti-Virus, Computer Management, Disk Cleanup dan defrag.

29 Mac 2011

Latihan Kemahiran Penyelenggaraan Pemulihan Peralatan ICT dan OS di SMK Seri Menanti

SMK Seri Menanti, Selasa, 29 Mac 2011 - Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyahkan habuk pada komponen peralatan ICT, Updated Anti-Virus, Computer Management, Disk Cleanup dan defrag.

28 Mac 2011

Penyelarasan Instrumen Pemantauan/Maklumbalas Media

Sungai Balang, Muar, Isnin, 28 Mac 2011 - Penyelarasan ini dijalankan bagi menentukan item yang perlu bagi mendapatkan Maklumbalas Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Tahap 1 bagi semua sekolah rendah di negeri Johor. Promosi EduWebTV juga dibincangkan bagi dua langkah iaitu Tatacara Muat Turun Bahan dan juga Tatacara Pendaftaran dan Penyediaan "Playlist" untuk Penggunaan Bahan. Perbincangan ini antara Ustaz Yusma@Abd. Mubin bin Mohd Yusof (Pen Pengarah BTPN Johor (Ketua Unit PIM) dan En Azhar bin Talib (PTP Unit PIM) dengan En Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar).

24 Mac 2011

Mesyuarat J/kuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Muar Bil 3 Tahun 2011

Parit Bunga, Ledang, 23 Mac 2011 - Mesyuarat ini telah dijalankan mulai jam 09.00 pagi hingga 01.35 tengahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah Program Peningkatan Program Galakan Membaca (NILAM) Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh, Program Jejak Maklumat Peringkat Negeri dan Aktiviti yang akan dijalankan bagi bulan April 2011.

02 Mac 2011

Bengkel Khidmat Bantu Infra "LAN"

SK Bandar Maharani, Muar, 02 Mac 2011 - Penyediaan infrastruktur rangkaian setempat daripada Makmal Komputer ke Pejabat Pentadbiran dan Bilik Peperiksaan. Lapan orang peserta terlibat iaitu 2 orang PTP PKG (Parit Jawa dan Sungai Balang) dan 6 orang Juruteknik Komputer Sekolah.

24 Februari 2011

Bengkel Khidmat Bantu Infra Rangkaian Setempat

SK Ismail 2, Muar, 24 Februari 2011 - Pemasangan LAN daripada Makmal Komputer ke Bilik Prasekolah, Pejabat Pentadbiran Sekolah dan Bilik Guru.

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Bil 2 Tahun 2011

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 23 Februari 2011 - Mesyuarat berlangsung mulai jam 09.00 pagi hingga 01.12 tengahari. Antara agenda yang dibincangkan ialah pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang.

Pelaporan yang dibuat ialah laporan peserta kursus EDUWEBTV, Program Pemangkin-Kelompok SSQS dan Bengkel Khemah Membaca dan Rakan Pembaca Tahun 2011.

Disamping itu juga pelaporan Mesyuarat Pagi Jumaat bersama PPD Muar juga disediakan. Wakil ke mesyuarat pada 25 Februari 2011 ialah Puan Norazilawati binti Husin (PTP DGA29 PKG Sungai Balang) dan Encik Baharom bin Haron (PTP DGA32 PKG Jalan Tunku Bendahara)