12 Julai 2011

Pemantauan Makmal Bahasa Sekolah Terpilih

Pemantauan dilaksanakan oleh Puan Norazilawati binti Hussin, PTP PKG Sungai Balang, kepada Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali, Muar. Pemantauan ini bagi memberi penerangan kepada pentadbir dan mendapatkan persetujuan program ini. Pada 13 Julai, SMK Pekan Baru, SK Jalan Yusof dan SK Parit Nawi.

Bengkel Pendedahan & Pembinaan Kit Asas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Bengkel ini akan disertai oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai balang, Muar bagi Sekolah Agama Kerajaan Johor yang diadakan mulai 12 hingga 14 Julai 2011, di Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd., Kg Sedili Kechil, Kota Tinggi.

Prototaip Kit Jawi Darjah 1 ini disediakan dalam bentuk kad imbasan, gambar, bentuk huruf dan modul interaktif. Bengkel ini anjuran Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

Pemantauan Pelaksanaan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

Pemantauan ini dilaksanakan oleh Cik Siti salwa binti Ahmad, JTK PKG Sungai Balang, Muar bersama Syarikat yang dialntik. Sekolah yang terlibat ialah SMK Seri Menanti, SJKC Boon Lim Parit Bulat, SK Parit Nawi, SK Tanjong Tohor dan SK Parit No. 5.

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Jalan Tunku Bendahara

Pemeriksaan dilaksanakan oleh Puan Nor Azizah binti Haji Saim.

11 Julai 2011

Mesyuarat Penyelarasan Senarai Semak Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan

Bagan, Batu Pahat, 11 Julai 2011 - Mesyuarat dijalankan untuk menyelaraskan aset sebelum pemeriksaan oleh Kumpulan Pemeriksa yang diketuai oleh En Nor Hafiz Zakaria dan Tuan Haji Sha'piee Ali. Semakan data/maklumat melalui Sistem DBAset, KEW. PA-10 dan KEW. PA-11. Semua aset perlu di"tagging" dengan Nombor Siri Pendaftaran dan Hak Kerajaan Malaysia (HKM). Turut hadir Encik Asha'ari bin Omar, PP BTPN Johor dan Puan Nilam bte Tahir, PT BTPN Johor.

06 Julai 2011

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah Bil. 2-2011

BTPN Johor, 06 Julai 2011 - Mesyuarat bersama syarikat yang telah dilantik. Agenda adalah seperti penyerahan dokumen (SST, Surat Niat dan Surat Tawaran) kepada syarikat, proses kerja penyelenggaraan dan pelaporan (Laporan Status Penyenggaraan). Tarikh jangkaan siap kerja pada 15 Ogos 2011.

05 Julai 2011

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Transformasi PKG

PKG Bandar Kluang, 05 Julai 2011 - Mesyuarat berlangsung mulai jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang.

01 Julai 2011

Pemantauan Status Makmal Komputer

01 Julai 2011 - SMK Seri Menanti
SK Parit Nawi

30 Jun 2011

Penilaian PSS Cemerlang Kategori SMK Bandar - SM Sains Muar

Tanjung Agas, Ledang - Penilaian PSS Cemerlang Daerah Muar dan Ledang dijalankan mulai jam 08.35 pagi hingga 11.55 pagi, bersama GPK(KOKU) Tuan Haji Jaafar bin Ibrahim dan Guru Penyelaras Media Encik Rozlan bin Zolkaply. Penilai terdiri daripada Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom), Encik Abd Rahmab bin Md Amin (PTP PKG Serom) dan Tuan Haji Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar).

29 Jun 2011

Pemantauan Status Peralatan ICT Makmal Komputer SK Jalan Yusof

Pemantauan dilaksanakan mulai jam 09.20 pagi di Sekolah Kebangsaan Jalan Yusof, Muar. Pemantauan ini bertujuan untuk mendapatkan status perkakasan/peralatan ICT sekolah yang telah diterima pada 18 Jun 2002.