24 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 Bagi GPM

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 24 Oktober 2011 - Mesyuarat ini dijalankan bagi menyelaraskan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 bagi Guru Perpustakaan dan Media, daerah Muar dan Ledang, Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP1 PKG Sungai Balang, Muar (Wakil Pengurusan PKG Muar). Agendanya mesyuarat ialah membentangkan kertas cadangan bagi menentukan tarikh (9 dan 10 November 2011), tempat (di Dewan SK Serom 3), jumlah peserta ialah 264 orang. Beberapa jawatankuasa kerja telah diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti ini. Disamping seminar, penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media akan ditubuhkan bagi daerah Muar dan Ledang. Jam 2.00 petang, Encik Sha'piee dan Encik Mohd Arshad telah mengadakan perbincangan dengan Tuan Hj Lukman bin Simon, KU Akademik PPD Muar.

22 Oktober 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 10 Tahun 2011

Parit Jawa, Muar, 19 Oktober 2011 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd. Arshad bin Haron, PTP1 PKG Parit Bunga, Ledang, Johor. Mesyuarat dijalankan mulai jam 08.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

20 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Takwim dan Aktiviti 2012 BTPN dan PKG Zon Selatan

BTPN Negeri Sembilan, 20 Oktober 2011 - Pembentangan oleh BTPN telah dijalankan mulai jam 08.30 pagi hingga 01.00 tengahari. Jam 02.30 hingga 05.00 petang - rumusan draf aktiviti dan takwim BTPN dan PKG.
Draf PKG dapat disiapkan iaitu Penyelarasan Aktiviti, Penyelarasan Takwim dan Penyelarasan Program (Aktiviti dan Kos).

Bengkel Latihan Penggunaan Makmal Bahasa MBMMBI

Sungai Balang, Muar, 20 Oktober 2011 - Latihan ini dilaksanakan oleh syarikat yang membekalkan perisian aplikasi Makmal Bahasa MBMMBI bagi sekolah rendah. Peserta yang terlibat ialah Guru Bahasa Malaysia, Guru Bahasa Inggeris dan Juruteknik Komputer Sekolah. Juruteknik Komputer PKG turut hadir sebagai pasukan khidmat konsultasi di peringkat PKG masing-masing.

19 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Takwim dan Aktiviti 2012 BTPN dan PKG Zon Selatan

BTPN Negeri Sembilan, 19 Oktober 2011 - Mesyuarat ini untuk menyediakan draf aktiviti dan takwim untuk dibentangkan dalam mesyuarat peringkat BTP. Mesyuarat ini melibatkan BTPN Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Asha'ari bin Omar, PP BTPN Johor. Turut hadir Tuan Haji Amir, PP (Menjalankan Tugas KPP) BTPN Melaka.

18 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Tranformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21

PKG Bagan, Batu Pahat, 18 Oktober 2011 - Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Yahya bin Seikh Salleh, PTP PKG Bagan, Batu Pahat. Ahli mesyuarat terdiri daripada peserta yang menghadiri Seminar di Royale Bintang, Seremban dan Wakil Pengurusan PKG Daerah. Satu kertas cadangan telah disediakan sebagai dokumen sokongan bagi tujuan melaksanakan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 kepada pentadbir sekolah.

12 Oktober 2011

Bengkel Peningkatan Kemahiran Aplikasi Pemprosesan Perkataan Dalam Pengurusan

PKG Lenga, Muar, 12 Oktober 2011 - Bengkel ini dijalankan pada 12 dan 13 Oktober 2011. Semua Pembantu Tadbir PKG, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG dan 5 orang Juruteknik Komputer turut serta dalam bengkal ini. Diakhir bengkel ini, semua peserta diwajibkan menyediakan satu brosyer yang berkaitan dengan fungsi PKG. Fasilitator bengkel ilah Encik Aziz bin Atan (PTP1 PKG Bakri) dibantu oleh Pn Zarifah binti Zakaria (PTP2 PKG Jalan Tunku Bendahara) dan Encik Abdul Aziz bin Haji Said (PTP2 PKG Parit Setongkat).

06 Oktober 2011

Taklimat Guru Pemulihan Kem LINUS PPD Muar

Sungai Balang, Muar, 06 Oktober 2011 - Taklimat disampaikan oleh Pegawai Meja LINUS Jabatan Pelajaran Johor. Seramai 50 orang guru terlibat.