09 Januari 2012

Pengisian Data Bacaan i-NILAM 2012

i-NILAM tahun 2012 telah bermula seawal 1 Januari 2012. GPM diminta supaya mengemaskini data murid bermula hari ini. Maklumat kelas dan murid haruslah betul supaya tidak berlaku kesilapan pengiraan data bacaan di hujung tahun.

Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi pegawai PKG Sungai Balang.

Mesyuarat Pengurusan PKG Bil. 1 Tahun 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 09 Januari 2012 - Mesyuarat bermula jam 10.30 pagi. Antara agenda yang dibincangkan ialah SKT PKG dan SKT Individu Tahun 2012, Pelaporan Aktiviti 2011 dan Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 1 Tahun 2012 pada 11 Januari 2012 di PKG Sungai Balang, Muar.

06 Januari 2012

Mesyuarat Penyediaan Pelaporan Pemasangan Perisian dan Peralatan ICT Makmal Bahasa Fasa 1 MBMMBI

PKG Sungai Balang, Muar, 06 Januari 2012 - Mesyuarat bermula jam 03.00 petang, dipengerusikan oleh Encik Sha'piee bin Ali. Agenda yang dibincangkan ialah bagi menyediakan pelaporan pemasangan perisian dan peralatan ICT Makmal Bahasa Dasar MBMMBI bagi Makmal komputer dan Pusat Akses Sekolah.

Pemantauan Awal Persekolahan 2012 - SK Parit No. 5

SK Parit No. 5, Muar, 06 Januari 2012 - pemantauan projek pembekalan ICT dengan kaedah "HP Multi Seat" ke Makmal Komputer, Pusat Sumber Sekolah dan Pusat Akses Sekolah.

05 Januari 2012

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Hj Jaafar

PKG Bukit Gambir, Ledang, 05 Januari 2012 - Majlis dijalankan mulai jam 03.30 petang dengan ucapan wakil PKG Bukit Gambir, ucapan Tuan Haji Ishak bin Mahbob (KPP BTPN Johor) dan ucapan Tuan Haji Jaafar bin Mamat (PTP PKG Bukit Gambir).

Bengkel Penyelarasan Aktiviti SKT PKG Daerah 2012

PKG Bukit Gambir, Ledang, 05 Januari 2012 - Penyelarasan Aktiviti PKG, Pelaksanaan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 dan Khidmat Bantu PSS Cemerlang 2012.

02 Januari 2012

Pemantauan Sesi Awal Persekolahan 2012

SMK Pekan Baru, Muar, 02 Januari 2012 - Pemantauan dijalankan di SMK Pekan Baru, Muar, bagi status kemudahan Pusat Sumber Sekolah dan ICT sedia beroperasi iaitu Program NILAM, Makmal Komputer, Pusat Akses Sekolah, Makmal Bahasa dan Capaian Internet.

Khidmat Kepakaran Penyediaan LAN di SMK Pekan Baru

SMK Pekan Baru, Muar, 02 Januari 2012 - Penyediaan LAN di Bilik Operasi Peperiksaan (BOP). Perkhidmatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang) dan dibantu oleh Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh serta dua orang JTK PKG dan empat orang JTK Sekolah Ahli PKG Sungai Balang, Muar.