31 Januari 2012

Mesyuarat PSS Peringkat Negeri

BTPN Johor, 31 Januari 2012 - Mesyuarat dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang, Muar). Turut hadir Encik Zainal bin Broh, GPM SMK Pekan Baru, Muar (Merangkap Pengerusi Majlis GPM Muar).

Pemantauan Susulan

SK Parit No 5, Muar, 31 Januari 2012 -

30 Januari 2012

Pemurnian SKT Individu PT dan JTK PKG

PKG Parit Bunga, Ledang, 30 Januari 2012 - Seramai 5 orang Pembantu Tadbir (PT/PO) dan 5 orang Juruteknik Komputer PKG daerah Muar dan Ledang, memurnikan Sasaran Kerja Tahunan 2012. Puan Nor Azizah binti Haji Saim, Pembantu Tadbir mewakili PKG Sungai Balang, Muar.

Bengkel Bina Bahan Khidmat Bantu PSSC Muar

PKG Parit Bunga, Ledang, 30 Januari 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk penambahbaikan item-item penilaian PSS Cemerlang bagi sekolah yang telah terpilih mewakili daerah Muar ke pertandingan peringkat negeri bagi tahun 2012. PKG Sungai Balang diwakili oleh Encik Sha'piee bin Ali.

Mesyuarat JK Permuafakatan PKG Sungai Balang

Parit Jawa, Muar, 30 Januari 2012 - Mesyuarat bersama pentadbir sekolah diadakan mulai jam 10.00 pagi di PKG Parit Jawa, Muar. Mesyuarat ini dijalankan secara gabungan bersama PKG Parit Jawa. Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang hadir sama.

20 Januari 2012

Bengkel Pemantapan Instrumen Pemilihan Tokoh Nilam 2012

Bengkel ini telah dihadiri oleh Pn Norazilawati bt Husin, PTP 29. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Muar dan Ledang berjalan dengan lancar. Beberapa penambahbaikan yang dilakukan pada tahun ini. Antaranya:
1. Mengadakan forum bagi 5 calon terbaik bagi setiap kategori.
2. Menjawab soalan objektif

Sekolah kelompok PKG Sungai Balang yang telah menghantar nama calon adalah:

1. Kategori SR Luar Bandar - SK Pekan Baru, SK Orangkaya Ali, SK Parit Latif dan SK Parit Nawi.
2. Kategori SM Luar Bandar - SMK Pekan Bahru

Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah memberikan kerjasama dan memartabatkan program ini.

17 Januari 2012

Mesyuarat Pengurusan BTPN & PKG Johor Bil. 1 Tahun 2012


BTPN Johor, 17 hingga 19 Januari 2012 - Mesyuarat dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP2 PKG Sungai Balang, Muar.

Mesyuarat ini diadakan bersama bengkel SKT Individu 2012.


11 Januari 2012

Bengkel Penyelarasan Pemilihan Tokoh NILAM

PKG Sungai Balang, Muar, 11 Januari 2012 - Bengkel ini diketuai oleh Encik Abu Saifuddin bin Haji Abu Hanipah serta semua Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Daerah Muar dan Ledang. Turut serta Encik Aziz bin Atan dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali.

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 1 Tahun 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 11 Januari 2012 - Mesyuarat ini dihadiri oleh semua PTP PKG, 2 orang wakil PT dan FT. Turut hadir Tuan Haji Lukman bin Simon, Pen. PPD Muar (Ketua Unit Akademik). Antara agenda yang dibincangkan ialah Khidmat Bantu PSS Cemerlang dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012.