14 Jun 2012

Laporan Penggunaan Makmal Bahasa Dasar MBMMBI


Penyenggaraan ICT Sekolah Daerah Muar & Ledang

PKG Daerah Muar dan Ledang, 14 Jun 2012 - Pihak Vendor Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah akan melaksanakan proses penyenggaraan bagi daerah Muar dan Ledang mulai 14 Jun 2012 hingga selesai.  Kepada PTP PKG yang terlibat, sila ambil maklum dan tindakan selanjutnya.  Saya telah dihubungi oleh Encik Helmi, Pengurus Syarikat yang telah dipertanggungjawabkan pada jam 08.24 pagi, 14 Jun 2012.

13 Jun 2012

Program Pembangunan dan Kecemerlangan PSS Sekolah Menengah 2012

PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor, 13 Jun 2012 - Program ini dijalankan sebagai langkah pertama bagi menyampaikan tujuan dan pendedahan kepada pembangunan (bagi PSS 1 bintang) dan kecemerlangan (bagi PSS yang akan mewakili daerah dalam Anugerah PSS Cemerlang 2013).  Peserta terdiri daripada Pengetua dan Guru Perpustakaan dan Media mewakili 13 buah sekolah terpilih (3 sekolah untuk pembangunan dan 10 sekolah untuk kecemerlangan).  Fasilitator ialah Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang, Pengetua SMK Parit Bunga, GPM SMK Parit Bunga serta PTP PKG Daerah Muar dan Ledang.

12 Jun 2012

i-NILAM: Laporan Pengisian Data dan Penglibatan Murid


Program Pembangunan dan Kecemerlangan PSS Sekolah Rendah 2012

PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor, 12 Jun 2012 - Program ini dijalankan sebagai langkah pertama bagi menyampaikan tujuan dan pendedahan kepada pembangunan (bagi PSS 1 bintang) dan kecemerlangan (bagi PSS yang akan mewakili daerah dalam Anugerah PSS Cemerlang 2013).  Peserta terdiri daripada Guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media mewakili 33 buah sekolah terpilih (22 sekolah untuk pembangunan dan 11 sekolah untuk kecemerlangan).  Fasilitator ialah Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Parit Bunga, Ledang, Guru Besar SK Ledang, GPM SK Ledang serta PTP PKG Daerah Muar dan Ledang.


06 Jun 2012

Kemas Kini Data Sistem dan Dokumen Aset di PKG

PKG Sungai Balang, Muar, 06 Jun 2012 - Kemas Kini Data Sistem DBAset&Stor untuk pemeriksaan aset alik kerajaan pada 27 Jun 2012.  Senarai semak disediakan dalam dua kategori, iaitu kategori aset mengikut bilik atau ruang PKG dan kategori aset mengikut susunan Daftar Harta Modal dan Daftar Inventori yang di susun mengikut tahun perolehan.  Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007, Perenggan 18 adalah dipatuhi.

05 Jun 2012

Bengkel Bina Portal PSP BTPN Johor

BTPN Johor, Skudai, 04 Jun 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar dan Puan Zarifah binti Zakaria, PTP PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar.  Bengkel ini berlangsung mulai 04 Jun hingga 07 Jun 2012 di Bilik PSP, BTPN Johor.