10 Ogos 2012

Pemantauan 1 - Status Penarafan SSQS 2012


Latihan Penggunaan HP Multi Seat

SK Parit No 5, Muar, 10 Ogos 2012 - Latihan ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang dan Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, Muar.

09 Ogos 2012

Mesyuarat Kurikulum Sains Pertanian dan ERT

PKG Sungai Balang, Muar, 09 Ogos 2012 - Mesyuarat dijalan mulai jam 11.00 pagi hingga jam 04.30 petang.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Hanim binti Abdullah, Pengetua SMK Pekan Baru, merangkap Pengerusi Panitia Sains Pertanian dan ERT Sekolah Menengah Daerah Muar dan Ledang.  Mesyuarat ini bertujuan untuk Penyelarasan Item Percubaan SPM Sains Pertanian dan ERT 2012.

Bengkel Kompetensi Penarafan SSQS

PKG Sungai Balang, Muar, 09 Ogos 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman item dalam Aplikasi "Smart School Qualification Standards" bagi memastikan tahap pencapaian sebenar Pentadbir, Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Matapelajaran dan Murid dalam pembestarian sekolah.

08 Ogos 2012

Khidmat Bantu Aplikasi SSQS - SJKC Limbong

Parit Limbong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, 08 Ogos 2012 - Khidmat bantu dijalankan bagi aplikasi SSQS 2012.  Taklimat ringkas dan "hands-on" dijalankan kepada Guru Besar dan Guru Penyelaras ICT.

07 Ogos 2012

Bengkel HRMIS - Submodul Pengurusan Cuti dan SKT

PKG Sungai Balang, Muar, 07 Ogos 2012 - Bengkel diteruskan dengan pengurusan submodul cuti bagi semua Pegawai dan Pembantu Operasi PKG masing-masing, sementara submodul Pengurusan SKT Pembantu Tadbir PKG bagi penentuan keterangan dan KPI.

06 Ogos 2012

Bengkel HRMIS - Submodul Pengurusan Cuti dan SKT

Sungai Balang, Muar, 06 Ogos 2012 - Bengkel ini akan berlangsung mulai 06 dan 07 Ogos 2012.  Peserta yang terlibat ialah Pembantu Tadbir PKG Daerah Muar dan Batu Pahat.  Fasilitator ialah Puan Halimah Ab Latif (PT PKG Jalan Tunku Bendahara), Puan Sarinah Md Tap (PT PKG Serom) dan Encik Haslihuddin bin Suleiman (PT PKG Parit Bunga).

03 Ogos 2012

Mesyuarat Penyelarasan Program Latihan FROG VLE

BTPN Johor, 03 Ogos 2012- Mesyuarat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.  xxx  ...

01 Ogos 2012

Bengkel Aplikasi HRMIS Submodul SKT

PKG Sungai Balang, Muar, 01 Ogos 2012 - Bengkel ini diadakan adalah lanjutan daripada bengkel yang telah dianjurkan oleh BTPNJ di PKG Parit Bunga pada 18 Julai 2012. Ia diadakan sekali lagi bagi memberikan kefahaman kepada semua PTP 32 dan JTK serta melancarkan  proses pengisian SKT (Sasaran Kerja Tahunan) secara online di HRMIS. Fasilitator bengkel ini adalah Tn Hj Sha'piee b Ali. Ia turut dihadiri oleh Jurulatih Utama HRMIS Daerah Muar.