22 November 2008

Kursus Asas Pembangunan BBMI PPM Prasekolah

Pasukan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Zon Sungai Balang, Muar, telah mengikuti Kursus Asas Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Interaktif, mulai 18 hingga 21 November 2008, di PKG Parit Jawa, Muar. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan bagi menggalakkan peserta menggunakan Inisiatif ICT dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah. Kursus ini akan dilanjutkan lagi pada tahun 2009 melalui 4 fasa dalam masa cuti penggal persekolahan. Seramai 26 orang perserta telah terlibat dan fasilitator yang terlibat ialah Tuan Haji Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai Balang) dan Encik Khalid Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa). YM Raja Mohd Naguib Raja Ali, Pengerusi Zon Sungai Balang, turut serta bagi menyampaikan amanatnya dan menyampai sijil kepada peserta kursus.

25 Oktober 2008

Kursus Perakaunan dan Kewangan Kerajaan


Kursus ini berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober 2008 di Lisbon Hotel, Melaka. Seramai 48 orang peserta telah mengikuti kursus ini, terdiri daripada pegawai dan staf sokongan BTPN Johor dan PTP PKG Negeri Johor. Dua orang fasilitator, iaitu Encik Nasran bin Omar (Jabatan Akauantan Negara Putrajaya) dan Encik Rosdi bin Haji Abu (Ketua Program Latihan, INTAN Bukit Kiara) telah membimbing peserta.

24 Mac 2008

Penilaian Teknikal e-Bahan Sejarah Ting 4 dan 5

Penilaian ini telah dijalankan mulai 21 hingga 23 Mac 2008, di Sanctary Resort, Cherating, Kuantan Pahang. Penilaian Teknikal dijalankan sebelum e-Bahan Sejarah Tingkatan 4 dan 5 direplikasi untuk diagihkan ke semua sekolah menengah seluruh negara dalam format "Stand alone". Disamping itu terdapat dua kumpulan lain menyediakan Papan Cerita Matapelajaran Sejarah Tingkatan 1 hingga 3 dan Pemetaan Matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 hingga 3.

04 Mac 2008

Pemantauan Inisiatif ICT dan Pelaksanaan Projek NILAM

Pemantauan dilaksanakan pada hari Selasa, 04 Mac 2008 di SK Seri Menanti, Muar. PTP PKG Sungai Balang, dibantu oleh PTP PKG Parit Jawa, untuk "Setup" Router Wireless (Rangkaian Tanpa Wayar) untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang telah dilengkapkan dengan projektor dan skrin tayangan berbantukan komputer bimbit.

03 Mac 2008

Bengkel/Latihan Bina Modul Muzik

Bengkel/Latihan Bina Modul Muzik telah dilaksanakan pada 03 Mac 2008 oleh dua PTP PKG yang diketuai oleh Encik Khalid bin Mohd Salleh dan Encik Yahya bin Seikh Salleh. Bengkel diadakan di PKG Sungai Balang, Muar. Bengkel/Latihan ini adalah keperluan bagi guru-guru muzik mencipta skor lengkap dengan menggunakan perisian notasi muzik dan memilih lagu serta corak irama dan kesesuaiannya dengan alat perkusi.

29 Februari 2008

Mesyuarat Permuafakatan Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Muar

Mesyuarat diadakan pada hari Jumaat, 29 Februari 2008, di Pejabat Pelajaran Daerah Muar, mulai jam 10.30 pagi. Fokus mesyuarat adalah memastikan semua laporan pemantauan yang telah dijalankan oleh PKG perlu disahkan oleh PPD untuk diambil tindakan oleh sekolah-sekolah.

Mesyuarat Pembangunan PKG Johor Kali Pertama 2008

Mesyuarat diadalah di PKG Tongkang Pechah, d/a SK Bandar, Batu Pahat. Antara lain fokus mesyuarat ialah mengenai pembelanjaan penyelenggaraan PKG dalam aspek peralatan ICT dan bangunan. Aspek penyelenggaran ICT berfokus kepada komputer (PC) untuk pentadbiran PKG berbangunan sementara.

27 Februari 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Kali Ke-2

Mesyuarat telah diadakan pada hari Rabu, 27 Februari 2008, di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Parit Jawa, Muar. Fokus mesyuarat ialah memastikan dokumen pemantauan, khidmat bantu/nasihat dan pelaporan.

25 Februari 2008

Khidmat Bantu PSS SK Tanjung Tohor

Khidmat Bantu PSS telah dijalankan pada hari Isnin, 25.02.2008, mulai jam 08.40 pagi hingga jam 10.00 pagi. Antara khidmat yang diberikan ialah penyediaan Fail Kuasa PSS, Penyediaan Carta Organisasi, Pelaksanaan Program Membina Tabiah Membaca (NILAM) dan Susunatur Buku. Masa "Free" Guru Perpustakaan dan Media dimanafaatkan sebaik mungkin memandangkan sekolah ini adalah Sekolah Kurang Murid.

23 Februari 2008

Lawatan Kerja Ke PSS Cemerlang

Lawatan kerja ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 23 Februari 2008 di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah bagi memenuhi keperluan kepada peningkatan pencapaian akademik sekolah. Peserta lawatan terdiri daripada dua wakil sekolah dan seorang Pegawai Teknologi Pendidikan setiap Pusat Kegiatan Guru (PKG). Lawatan ini diketua oleh Puan Kamariah binti Mohd Rawi, Guru Besar, SK Parit Setongkat, Muar bersama Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Muar merangkap Ketua PKG Daerah Muar.