31 Mei 2010
Mesyuarat Program Galakan Penggunaan Jalurlebar Berkelajuan Tinggi
PKG Parit Setongkat, Muar, 31 Mei 2010, jam 02.15 petang - Mesyuarat dijalankan bagi memastikan semua program yang berkaitan dengan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Sha'piee Ali bersama Tuan Haji Khalid Mohd Salleh, Puan Anita Ibrahim, En Aziz dan En Azlan. Antaranya ialah Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran, Digital Story Telling, Penarafan SSQS bagi Pentadbir dan Guru dan Bengkel Literasi Maklumat. PKG Parit Setongkat akan mengadakan pemantauan dan perbincangan bersama pentadbir sekolah berkenaan pada 01 Jun 2010.
Mesyuarat FTTS Program Digital Pagoh

SMK Bukit Pasir, Muar, 31 Mei 2010 - Mesyuarat FTTS Program Digital Pagoh dijalankan di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir, Muar, mulai jam 10.30 pagi. Antara agenda yang dibincangkan ialah Kelengkapan Prasarana yang telah disediakan, Program Galakan Penggunaan Jalurlebar Berkelajuan Tinggi dan Penarafan SSQS bagi Pentadbir dan Guru SMK Bukit Pasir. BTPN Johor telah diwakili oleh Encik Mokhtar, sementara PKG Muar diwakili oleh Tuan Haji Jaafar bin Mamat, Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali. PPD Daerah Muar Ledang diwakili oleh Encik Safaat bin Hashim.
27 Mei 2010
Program Digital Pagoh
PKG Parit Setongkat, Muar, 27 Mei 2010 - Perbincangan bersama Puan Anita (PKG Parit Setongkat), Tuan Haji Khalid (PKG Parit Jawa) dan Tuan Haji Sha'piee (PKG Sungai Balang), berkaitan dengan pengisian bagi program di atas yang akan dilancarkan oleh YAB TPM pada 06 Jun 2010 di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Pihak PKG Parit Setongkat telah melaksanakan Khidmat Bantu PSS dan akan melaksanakan pemantauan PSS, NILAM dan ICT pada 01 Jun 2010.
Lawatan Tapak Pemasangan LAN di STUDI Muar

SMK Tun Dr Ismail, Bakri, Muar, 27 Mei 2010 - Lawatan tapak pemasangan rangkaian di Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan makmal Sains. Lawatan ini bagi mengenalpasti rekabentuk rangkaian yang akan dipasang mengikut spesifikasi yang ditentukan. Pegawai terlibat ialah Encik Aziz Atan (PKG Bakri), Tuan Haji Khalid Mohd Salleh (PKG Parit Jawa), Tuan Haji Sha'piee Ali (PKG Sungai Balang) serta Juruteknik Komputer PKG Bakri dan Juruteknik Komputer SK Seri Bukit Batu.
25 Mei 2010
Majlis Ramah Mesra TPM Bersama Warga Pendidikan Daerah Muar Sempena Hari Guru 2010

Pagoh, Muar, 25 Mei 2010 - Majlis ini berlangsung mulai jam 01.00 tengahari hingga jam 04.00 petang. Seramai 2,500 orang guru dari daerah Muar dan Ledang hadir untuk memeriahkan majlis ramah mesra TPM bersama cikgu sempena sambutan Hari Guru Daerah Muar Tahun 2010. Majlis ini diadakan di Kompleks Sukan Pagoh, lebih kurang 4 km dari lebuhraya (keluar ke Pagoh dan Muar). Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Pengarah Pelajaran Johor, serta pegawai-pegawai KPM.
24 Mei 2010
Raptai Majlis Ramah Mesra Bersama TPM Dengan Warga Pendidikan Muar Sempena Hari Guru 2010

Kompleks Sukan Pagoh, 24 Mei 2010 - Majlis tersebut diadakan bermula jam 09.00 pagi hingga 12.45 tengahari. Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang terlibat dalam Jawatankuasa Pengambaran dan Dokumentasi Digital. Semua Peagawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer adalah petugas dalam majlis ini.
21 Mei 2010
20 Mei 2010
Mesyuarat Penyelarasan Majlis Ramah Mesra Warga Pendidikan Muar Bersama YAB Tan Sri TPM
Kompleks Sukan Pagoh, Muar, 20 Mei 2010 - Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-4 berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Pagoh, mulai jam 10.00 pagi hingga jam 02.00 petang, di pengerusikan oleh Tuan Haji Ramli bin Abd Samad, PPD Muar. Penyelarasan terakhir bagi menentu dan memastikan semua Jawatankuasa telah bersedia dengan tugasan masing-masing bagi melicinkan majlis tersebut.
19 Mei 2010
Mesyuarat Penyelarasan Dokumentasi Penyelenggaraan ICT Sekolah
18 Mei 2010
Kursus Pengurusan Mesyuarat
Langgan:
Catatan (Atom)


