26 Disember 2012
Bengkel Penerbitan dan Penyuntingan Video
PKG Parit Bunga, Ledang, 26 Disember 2012 - Bengkel Penerbitan dan Penyuntingan Video Multimedia Program NILAM dan Jejak Maklumat 2012 diadakah mulai 26 dan 27 Disember 2012. Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar.
25 Disember 2012
Penandaan Kertas SPM Sains dan Pendidikan Islam
PKG Sungai Balang, Muar, 24 Disember 2012 - Ketua Pemeriksa Penandaan Kertas Sains ialah Puan Fauziyah binti Haji Awang Nik, SMK Tun Mamat, Ledang. Penandaan kertas Pendidikan Islam diketuai oleh Ustazah Fatimah Einon binti Soib, SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang.
Pegawai bertugas hari ini ialah Cik Siti Salwa binti Ahmad, 25.12.2012 (Hari Selasa - Cuti Am Hari Krismas).
21 Disember 2012
Kompilasi Data Inisiatif ICT Daerah
PKG Sungai Balang, Muar, 21 Disember 2012 - Data yang dapat digabungkan dari PKG Sg Balang, PKG Pt Jawa, PKG Bakri, PKG Bkt Gambir, PKG Jln Tunku Bendahara, PKG Lenga dan PKG Pt Bunga. Sementara data PKG Tangkak, PKG Serom dan PKG Pt Setongkat hantar ke BTPN.
19 Disember 2012
Mesyuarat JKPA PKG Daerah Bil. 12/2012
PKG Serom, Ledang, 19 Disember 2012 - Antara lain agenda mesyuarat ialah Pembentangan Perancangan Aktiviti PKG Daerah Tahun 2013 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Aktiviti PKG Daerah Tahun 2013-2014 Encik Esa bin Sudar, PTP1 PKG Serom, Ledang, Johor (Wakil Pengurusan PKG Daerah 2013).
18 Disember 2012
Khidmat Bantu Kepakaran Aplikasi FrogVLE
SK Parit Nawi, Muar, 18 Disember 2012 - Khidmat bantu dijalankan atas keperluan pihak sekolah. Fasilitator yang terlibat ialah Pn Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang), Encik Kamarul Ariffin Abd Rahman (JTK SK Parit Pechah) dan Encik Muhammad Nor Ridwan bin Razali (JTK SK Seri Menanti).
14 Disember 2012
Majlis Persaraan Encik Mazilan Ra'afi
PKG Endau, Mersing, 14 Disember 2012 - Majlis ini dihadiri oleh Encik Sha'piee bin Ali. Majlis ini diadakan di PKG Endau. Turut hadir Puan Timbalan PPD Mersing, Tuan KPP, BTPN Johor dan Wakil Pengurusan PKG Daerah Negeri Johor.
Bengkel Pendawaian Rangkaian Komunikasi
BTPN Johor, 13 Disember 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad.
13 Disember 2012
Edaran Bahan Digital MBMMBI Tahun 3 & 4, 2013
PKG Sungai Balang, Muar, 13 Disember 2012 - Bahan tersebut telah diedarkan kepada 9 buah sekolah rendah. Dokumen Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Maklumbalas Penerimaan dan Pengujian telah diedarkan bersama dan perlu dikembalikan sebelum atau pada 24 Disember 2012 ke PKG.
Langgan:
Catatan (Atom)

