10 September 2010

Petikan Khutbah Aidil Fitri 1431H - Negeri Johor

Surau Nekmat, 10 Sept 2010 = 01 Syawal 1431H - Orang yang dapat menghargai nilai Hari Raya ini ialah orang yang mengetahui bahawa, Hari Raya adalah satu nikmat dari ALLAH, kerana Hari Raya bukanlah hari untuk memperingati satu-satu peristiwa bersejarah, juga bukan merupakan satu perayaan untuk satu penyembahan dan ianya juga tidak boleh disamakan dengan sambutan hari-hari perayaan orang bukan Islam, tetapi Hari Raya ini adalah satu ibadah dan satu suruhan agama.

Oleh itu hendaklah kita sambut mengikut apa yang dibenarkan oleh agama kita, kerana agama yang kita anuti ialah ISLAM.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud, "dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan, dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Tiada ulasan: