23 Mei 2011

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan ICT Sekolah dan Mesyuarat JPKA Bil. 4 Tahun 2011

BTPN Johor, 20 Mei 2011 - Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah telah dijalankan mulai jam 09.30 pagi hingga jam 12.15 pagi. Tujuannya untuk membuat penambahbaikan tatacara pengurusan dokumen dan carta alir kerja-kerja penyelenggaraan oleh pihak syarikat terpilih.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun BTPN Johor Bil. 4 Tahun 2011 dijalankan mulai jam 03.00 petang hingga 04.55 petang. Tujuannya untuk menyelaras dan memeriksa tahap pelaksanaan urusan kewangan dari segi urusan perolehan dan perkhidmatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh BTPN dan PKG Johor.

Tiada ulasan: