1. Pembulian dalam siber -
Dimana seorang kanak-kanak diancam,diaibkan atau menjadi sasaran kanak-kanak lain dengan menggunakan internet, telefon mudah alih atau lain-lain peralatan yang berteknologi tinggi. Di laman Facebook juga tidak terkecuali dengan menghantar mesej negatif dan memalukan.
2. Hendap Siber,
Penjenayah akan mengganggu mangsa dengan menggunakan komunikasi elektronik seperti emel atau emel segera(IM) atau mesej yang dihantar ke laman web atau forum. Biasanya penjenayah ini akan menyamar dengan menggunakan identiti orang lain atau sebagai anonymous
3. Grooming Siber
Ia adalah proses yang digunakan oleh pemangsa kanak-kanak untuk menyediakan sasaran yang berpotensi sebagai mangsa dengan cara berkawan dan mendapatkan kepercayaan kanak-kanak yang telah disasarkan supaya mereka tidak menyedari bahawa mereka telah dipergunakan dan telah dieksploitasi di atas talian.
4. Pornografi kanak-kanak
Kanak-kanak juga akan dipujuk untuk bergambar dalam keadaan yang menghairahkan dengan pemberian insentif seperti wang tunai, hadiah dan sebagainya.
5. Kecurian Identiti
Apabila orang lain menggunakan maklumat peribadi dengan niat.
1 ulasan:
Tahniah kepada Puan Norazilawati dan Cik Siti Salwa ... Semoga blog ini sentiasa kemaskini selepas 09 Mac 2013.
Catat Ulasan