27 November 2010

Penyemakan Profil Tokoh NILAM 2011

10 November 2010 - Aktiviti ini telah dilaksanakan di PKG Parit Bunga, Ledang, mulai jam 08.30 pagi hingga jam 04.00 petang. 5 orang PTP DGA32 dan 10 orang PTP DGA29 telah terlibat dalam penyemakan dan penilaian ini.

29 September 2010

Mesyuarat Khas Pengurusan PKG Negeri Johor

PKG Penggaram, Batu Pahat, 29 September 2010 - Mesyuarat ini dijalankan untuk tujuan menyelaraskan aktiviti PKG Johor sempena bulan Syawal 1431H. Antara agenda yang dibincangkan ialah ...

21 September 2010

Pemasangan LAN di Pejabat SKOR A

Sungai Resik, 21 dan 22 September 2010 - Pemasangan LAN di pejabat baru Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali, Muar dengan bantuan PTP PKG Sungai Balang, PTP PKG Parit Jawa dan Juruteknik PKG dan Sekolah Ahli PKG Sungai Balang dan PKG Parit Jawa.

Khidmat Bantu ICT di SMK Seri Menanti

Parit Kedondong, 21 September 2010 - Ujian Capaian SchoolNet dan Diagnostik Komputer di Makmal Komputer SMK Seri Menanti, Muar.

10 September 2010

Petikan Khutbah Aidil Fitri 1431H - Negeri Johor

Surau Nekmat, 10 Sept 2010 = 01 Syawal 1431H - Orang yang dapat menghargai nilai Hari Raya ini ialah orang yang mengetahui bahawa, Hari Raya adalah satu nikmat dari ALLAH, kerana Hari Raya bukanlah hari untuk memperingati satu-satu peristiwa bersejarah, juga bukan merupakan satu perayaan untuk satu penyembahan dan ianya juga tidak boleh disamakan dengan sambutan hari-hari perayaan orang bukan Islam, tetapi Hari Raya ini adalah satu ibadah dan satu suruhan agama.

Oleh itu hendaklah kita sambut mengikut apa yang dibenarkan oleh agama kita, kerana agama yang kita anuti ialah ISLAM.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud, "dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan, dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

01 September 2010

Mesyuarat JK Kerja Pelaksana Aktiviti PKB1M

PKG Parit Bunga, 01 September 2010 - Mesyuarat ini di adakan bagi tujuan menyelaraskan tugasan dan kos perjalanan program dan aktiviti yang bermula mulai 24 hingga 26 September 2010 di Kompleks Sukan Pagoh. Turut hadir Tuan Haji Lukman bin Simon, Pen PPD Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Wakil Pengurusan PKG Muar (Sha'piee bin Ali - PTP PKG Sungai Balang, Muar).

26 Ogos 2010

Mesyuarat Program Kembara Buku 1Malaysia

Pusat Khidmat ADUN Jorak, 25 Ogos 2010 - Mesyuarat Program Kembara Buku 1Malaysia Kali ke 3 bagi menyelaraskan aktiviti sepanjang proram ini mulai 23 hingga 26 September 2010.

05 Julai 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kurikulum Sekolah Rendah Kali Ke 2, 2010

SK Parit Bunga, 05 Julai 2010 - Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahabudin bin Haji Jazuli, Penolong PPD Akademik, PPD Muar.