27 Jun 2007

Pemantauan Pusat Akses Sekolah Fasa 3

Pemantauan telah dijalankan di SK Parit No. 5, Muar. Bilik yang disediakan satu bay. Alat penggera telah siap dipasang dan diuji. Perabot dan perkakasan masih belum dipasang dan disusun.
Sistem pendawaian letrik tidak memuaskan. Setiap kali suis dibuka, semua litar di sekolah terpadam.

Khidmat Bantu Konfigurasi Rangkaian Tanpa Wayar

Khidmat bantu ini telah dijalankan di SK Parit Nawi, Muar bagi membantu Aktiviti Jejak Maklumat Bersepadu yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 30 Jun 2007.
Khidmat yang diberikan ialah konfigurasi "Wireless Router" dan Konfigurasi rangkaian makmal komputer. Latihan telah dijalankan bersama guru sekolah ini.

Bengkel/Latihan Kemahiran Konfigurasi dan Aplikasi Rangkaian Program Pengkomputeran Sekolah Kurang Murid

Latihan ini dijalankan pada 27 dan 28 Jun 2007 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tohor, Muar, Johor. Antara lain objektif latihan ini ialah pertama, memberi kemahiran kepada guru-guru SKM untuk konfigurasi sistem rangkaian setempat kabel dan tanpa wayar. Kedua, meningkatkan kemahiran aplikasi bahan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Latihan ini dijalankan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Balang, Muar dengan disertai oleh empat buah sekolah gred SKM bagi ahli PKG Sungai Balang, Muar. PKG mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, SK Tanjong Tohor kerana telah memberikan kerjasama dalam melaksanakan latihan ini.

21 Jun 2007

Latihan Konfigurasi Data e-NILAM

Latihan ini dijalankan pada 21 Jun 2007 bagi Kumpulan 2.
Fasilitator yang terlibat ialah Puan Zarifah binti Zakaria (PTP PKG Jalan Tunku Bendahara), Puan Teh Teow Yen (PTP PKG Bakri) dan Puan Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang).

20 Jun 2007

Bengkel/Latihan Aplikasi Sistem Kompilasi Data Nilam

Bengkel/Latihan ini diadalah bagi meningkatkan kemahiran Guru Media/Penyelaras Nilam sekolah mengendalikan sistem pengumpulan data program Nilam. Data ini perlu dikemaskini sebelum 30 Jun 2007. Latihan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Jun 2007. Latihan ini telah dikendalikan oleh Puan Norazilawati binti Hussin (PTP PKG Sungai Balang), Puan Zarifah binti Zakaria (PTP PKG Jalan Tunku Bendahara) dan Encik Aziz bin Atan (Ketua PKG Bakri). Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 pada 20 Jun dan Kumpulan 2 pada 21 Jun.

15 Jun 2007

Bengkel/Latihan Konfigurasi Sistem Rangkaian Pengkomputeran Sekolah

Bengkel/Latihan ini telah dijalankan pada hari Khamis, 14 Jun 2007 kepada semua Guru Penyelaras ICT sekolah, khususnya guru yang mengendalikan Makmal Komputer Sekolah. Latihan ini menitikberatkan mengenai Sistem Rangkaian Komputer sama ada secara talian dan juga tanpa wayar (wireless), Tatacara Konfigurasi Sistem Rangkaian, Tatacara Manage Sistem Komputer, Tatacara Melaksanakan Aduan Kerosakan Talian SchoolNet dan Tatacara Melaksanakan Aduan Kerosakan Perkakasan Komputer yang telah tamat jaminan.

Mesyuarat Penyelarasan Pemantauan dan Pelaporan Aktiviti PKG 2007

Mesyuarat ini telah diadakan pada hari Rabu, 13 Jun 2007 di PKG Sungai Balang, Muar. Semua Ketua PKG Daerah Muar telah hadir. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan Sasaran Kerja Tahunan PKG bagi tahun 2007 ini. Antaranya ialah penyelarasan format pemantauan PSS, Program NILAM, pemantauan ICT, Format Khidmat Nasihat/Bantu dan proses kerja bagi pemantauan dan khidmat nasihat/bantu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Arshad bin Haron, Ketua PKG Parit Bunga, Muar.

06 Jun 2007

Latihan Aplikasi MS PPT dan Elektronik Mel

PKG Parit Jawa, Muar dengan kerjasama Panitia Prasekolah Zon Sungai Balang, Muar telah menganjurkan latihan aplikasi Microsoft PowerPoint dan Elektronik Mel kepada semua pembantu prasekolah. Latihan telah diadakan pada 05 dan 06 Jun 2007 di Makmal Komputer SK Parit Jawa, Muar.
17 buah sekolah telah mengikuti latihan ini. Fasilitator latihan ini ialah Encik Khalid bin Mohd Salleh (Ketua PKG Parit Jawa), Puan Norazilawati binti Husin (PTP PKG Sungai Balang) dan Encik Sha'piee bin Ali (Ketua PKG Sungai Balang). Semua peserta dapat menyediakan Elektronik Mel dan melaksanakan aplikasinya.

01 Jun 2007

Latihan Ujilari dan Konfigurasi Perisian Kursus e-Bahan Bahasa Inggeris


Latihan ini dijalankan pada hari Selasa, 23 Mei 2007, untuk memastikan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijana dengan lancar. Beberapa plug-in disediakan dalam CD yang dibekalkan bagi tujuan melancarkan penggunaan CD e-Bahan Bahasa Inggeris Tahun 3, 4 dan 6 terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan. Seramai 13 orang Guru Kanan Bahasa Inggeris sekolah rendah telah dijemput untuk melaksanakan proses ujilari dan konfiugrasi.