30 Disember 2011

SKT PKG 2012

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011. Rujuk perenggan 30(b), Lampiran A1(e), (f), (g), (h) dan seterusnya ..., Lampiran C dan Lampiran C1.

Sesiapa yang berminat untuk dapat dokumen ini format *.docx, sila hubungi melalui email di atas.

29 Disember 2011

Pemeriksaan Pelupusan Aset Alih ICT di PKG

PKG Sungai Balang, Muar, 29 Disember 2011 - Pemeriksaan dijalankan mulai jam 10.00 pagi. Pegawai yang terlibat ialah Encik Mohd Firdaus bin Mad Shah (Pegawai Maklumat, JPN Johor), Encik Yusma@Abdul Mubin bin Yusof, Encik Asha'ari bin Omar (Penolong Pengarah BTPN Johor) dan Puan Nilam binti Tahir (Pegawai Stor BTPN Johor). Fokus pemeriksaan kepada aset ICT.

Khidmat Kepakaran Penyediaan LAN di SK Kg Raja

SK Kampong Raja, Pagoh, 29 Disember 2011 - Dihadiri oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik PKG Sungai Balang. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Abdul Rashid bin Abdul Wahab, PTP1 PKG Lenga. Dua kumpulan tenaga kerja bagi perkhidmatan ini, iaitu penyediaan rangkaian setempat(LAN) ke pejabat pentadbiran dan penyenggaraan pencegahan (PM).

28 Disember 2011

Lawatan Tapak Penyediaan LAN SMK Pekan Baru

SMK Pekan Baru, Muar, 28 Disember 2011 - Khidmat kepakaran penyediaan LAN di bilik operasi peperiksaan. Punca rangkaian melalui "router" di Makmal Komputer. Kempen galakkan membaca telah bermula bagi persediaan awal persekolahan 2012.

26 Disember 2011

Mesyuarat Penandaan Kertas SPM - Pend. Islam

PKG Sungai Balang, Muar, 26.12.2011 - Mulai 26 hingga 30 Disember 2011, proses penandaan dan kompilasi dilangsungkan. Pegawai yang bertugas ialah Puan Norazilawati binti Husin, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG.

23 Disember 2011

Mesyuarat Penyelarasan Majlis Untaian Kasih Rimbunan Budi

PKG Parit Bunga, Ledang, 23 Disember 2011 - Penyelarasan aturcara majlis dan penyediaan bahan multimedia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP1 PKG Parit Bunga, Ledang. Majlis sempena persaraan Tuan Haji Jaafar bin Mamat, akan diadakan pada 28 Disember 2011, mulai jam 08.00 malam di Hotel Muar Traders, Jalan Petrie, Muar.

22 Disember 2011

Taklimat dan Pelaksanaan Opsyen SBPA BTPN Johor

BTPN Johor, Skudai, 22 Disember 2011 - Semua Pegawai dan Staf PKG Johor telah diberikan taklimat tersebut oleh KPP BTPN Johor. Proses pelaksanaan opsyen bagi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan opsyen persaraan paksa 60 tahun telah dijalankan kepada 4 kumpulan gred iaitu Gred DGA32, Gred DGA29, Gred N17 dan Gred FT17.

21 Disember 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 12 Tahun 2011

PKG Bukit Gambir, Ledang, 21 Disember 2011 - Kehadiran semua PTP PKG dan wakil Pembantu Tadbir PKG Daerah Muar dan Ledang. Antara agenda yang dibincangkan ialah majlis persaraan Tuan Haji Jaafar bin Mamat, PTP1 PKG Bukit Gambir pada 28 Disember 2011, pembentangan kertas cadangan program pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali, Wakil Pengurusan PKG Daerah Muar.

19 Disember 2011

Mesyuarat Penandaan Kertas SPM - Matematik

PKG Sungai Balang, Muar, 19 hingga 21 Disember 2011 - Mesyuarat berlangsung mulai jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang.

Pemantauan Pelaksanaan Dasar MBMMBI

SMK Pekan Baru, Muar, 19 Disember 2011 - Pemantauan ini dijalankan oleh Encik Rani bin Abdul Rahman (Pegawai BTP) dan Encik Husin bin Kamiju (Pegawai BTPN Johor). Pemantauan ini dilaksanakan berdasarkan surat KPM.TKPPM/DPP/2/3D (3), bertarikh pada 03 Ogos 2011.

Khidmat Kepakaran Penyenggaraan Pencegahan (PM)

SMK(A) Maahad, Muar, 19 dan 20 Disember 2011 - Perkhidmatan ini dijalankan atas keperluan pihak sekolah, bagi memastikan semua komputer di Makmal Komputer sekolah ini dapat digunakan untuk proses pembelajaran dan pengajaran menjelang persekolahan pada 04 Januari 2012. Perkhidmatan ini diketua oleh PTP1 PKG Bakri dan dibantu oleh PTP1 PKG Parit Jawa serta JTK PKG dan JTK Sekolah Ahli PKG Sungai Balang dan Parit Jawa.

16 Disember 2011

Pemantauan Projek Penggantian Peralatan ICT Makmal Komputer

SK Parit No 5, Muar, 16 Disember 2011 - Penghantaran perabut dan perkakasan telah disempurnakan pada 15 Disember 2011. Pemasangan perkakasan ICT belum dilaksanakan. Pihak syarikat menghantar tidak mengikut waktu bekerja menyebab pemantauan oleh pihak sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan teliti.

15 Disember 2011

Khidmat Kepakaran Diagnostik LAN dan PM Komputer

SK Parit Bakar Tengah, Muar, 15 Disember 2011 - Perkhidmatan kepakaran diagnostik rangkaian setempat dan melaksanakan penyenggaraan pencegahan PC Makmal Komputer dan pentadbiran.

14 Disember 2011

Pemasangan Talian 1 BestariNet

Tahniah kepada sekolah berkenaan: SK Jalan Yusof, SK Pekan Baharu, SK Orangkaya Ali, SJKC Hau Lim Sungai Balang dan SMK Pekan Baru. Pihak vendor akan memasang peralatan berkaitan di sekolah tuan/puan.

Khidmat Kepakaran Penyediaan LAN SK Seri Menanti

SK Seri Menanti, Muar, 14 Disember 2011 - Bengkel ini bertujuan untuk menguji dan mengkonfigurasi sistem rangkaian setempat (LAN) sedia ada bagi memastikan rangkaian ini dapat digunakan dengan optimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bengkel ini dihadiri oleh PTP1 dan Juruteknik Komputer PKG Parit Jawa dan PKG Sungai Balang, Muar, serta empat orang Juruteknik sekolah ahli PKG Sungai Balang, Muar.

13 Disember 2011

Antara Selenggara dan Senggara ...

Takrif Selenggara - menyelenggarakan 1. mengu­rus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselengga­rakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll); 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll); selenggaraan 1. peliharaan; 2. hasil drpd menyelenggarakan (mengusahakan, me­nge-lo­la­kan, dll); penyelenggaraan 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan; penyelenggara 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara.

Takrif Senggara - menyenggara membuat kerja-kerja supaya (sesuatu) berada dlm keadaan baik: ~ adalah penting bagi memastikan kenderaan berada dlm keadaan baik. menyenggarakan me­lakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). penyenggaraan perbuatan (cara, hal dsb) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu: ~ ba­ngunan. penyenggara orang yg me­nyenggara atau menyenggarakan se­suatu.

Antara Penyelarasan dan Pengurusan

penyelarasan (kata nama)
Bersinonim dengan pemadanan, penyesuaian, penyamaan;
Takrif -
perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja;

pengurusan (kata nama)
Bersinonim dengan pengendalian, pengelolaan, pentadbiran, penyusunan, pelaksanaan, pemerintahan, penyeliaan, pengaturan, pelicinan, pemberesan, pemeliharaan, penjagaan, pengawasan;
Takrif -
perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~;

Khidmat Kepakaran Penyediaan LAN SK Sg Abong

SK Sungai Abong, Muar, 13 Disember 2011 - Bengkel ini bertujuan untuk menguji dan mengkonfigurasi sistem rangkaian setempat (LAN) sedia ada bagi memastikan rangkaian ini dapat digunakan dengan optimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bengkel ini dihadiri oleh PTP1 dan Juruteknik Komputer PKG Parit Setongkat, PKG Parit Jawa dan PKG Sungai Balang, Muar.

12 Disember 2011

ABM dan Takwim 2012

PKG Sungai Balang, Muar, 12 Disember 2011 - Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus PKG Sungai Balang, Muar, Tahun 2012 (OS21000 = RM4,769.40, OS27000 = RM1,000.00 dan OS29000 = RM13,436.00) dan Takwim PKG 2012.

08 Disember 2011

Pemantauan Pemasangan Perisian Makmal Bahasa MBMMBI

PKG Sungai Balang, Muar, 08 Disember 2011 - Pemantauan dijalankan kepada 4 buah sekolah iaitu SMK Pekan Baru, SK Orangkaya Ali, SK Parit Nawi dan SK Jalan Yusof. Berdasarkan dapatan perisian telah dipasang hanya untuk satu atau dua komputer sahaja (tidak mematuhi garis panduan pemasangan (Instalasi)/spesifikasi). CD perisian dihantar kemudian melalui pos, selepas pemasangan melalui "pen-drive" dilaksanakan.

07 Disember 2011

Mesyuarat Penandaan Kertas SPM - Pend. Islam

PKG Sungai Balang, Muar, 7 hingga 9 Disember - Mesyurat Penandaan Kertas SPM bagi Pendidikan Islam.

06 Disember 2011

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Bil. 4 Tahun 2011

BTPN Johor, Skudai, 06 hingga 08 Disember 2011 - Mesyuarat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP2 PKG Sungai Balang, Muar.

29 November 2011

Khidmat Kepakaran Penyediaan LAN dan PM di SK Pt Pinang Seribu

Parit Pinang 1000, Muar, 29 dan 30 November 2011 - Bengkel ini bertujuan untuk menguji dan mengkonfigurasi sistem rangkaian setempat (LAN) sedia ada bagi memastikan rangkaian ini dapat digunakan dengan optimum dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bengkel ini dihadiri oleh PTP1 PKG Parit Jawa dan PKG Sungai Balang, PTP2 PKG Parit Setongkat, serta semua Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor. Disamping itu khidmat penyenggaraan pencegahan (PM) dijalankan kepada 20 komputer di makmal komputer dan pejabat pentadbiran sekolah.

24 November 2011

Penyenggaraan Kecil Bangunan PKG - Bumbung

Sungai Balang, Muar, 24 dan 25 November 2011 - kerja-kerja menyelenggara bumbung bangunan PKG yang melendut dan mengganti siling yang rosak (pecah). Sokong kekuda bumbung ditambah untuk meratakan bumbung.

23 November 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 11 Tahun 2011

Sungai Balang, Muar, 23 November 2011 - mesyuarat ini antara lain membincangkan Manual Prosedur Kerja (MPK) PKG. Kandungan MPK PKG ialah latar belakang, objektif, carta organisasi, fungsi, aktiviti bagi fungsi, proses kerja aktiviti, carta alir aktiviti dan contoh borang yang digunakan. Selain daripada itu, pemilihan jawatankuasa baru sesi 2012 - 2013 dijalankan. Pemantauan Aplikasi i-NILAM dan kemaskini dokumentasi aset alih dan stor PKG.

21 November 2011

Penyenggaraan Kecil Bangunan PKG - Bilik Kerja

Pemasangan dinding bilik kerja untuk gunasama sebagai bilik solat lelaki. Di kiri bilik kerja ialah bilik cetak yang telah tersedia paip untuk digunakan juga untuk tempat wudhuk bagi pengguna lelaki.

Penerimaan Bekalan Perabut (Rak Buku)

TERIMA KASIH BTPN JOHOR - empat pasang rak buku untuk perpustakaan Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang telah diterima.

18 November 2011

SELAMAT BERSARA !

Penerimaan Bekalan Perabut

PKG Sungai Balang, Muar, 18 November 2011 - Bekalan perabut yang diterima berupa 2 buah kerusi pegawai dan 30 buah kerusi banquet. Terima kasih kepada BTPN Johor atas bekalan ini.

17 November 2011

Penyenggaraan Kecil Bangunan PKG - Bilik Stor & Kerja

PKG Sungai Balang, Muar, 17 November 2011 - Penyenggaraan lantai bilik stor dan bilik kerja dengan memasang tile pada lantai sedia ada.

Khidmat Kepakaran Diagnos LAN

SMKA Maahad, Muar, 17 Nov 2011 - Diagnos sistem rangkaian (LAN) bersama Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, PTP1 PKG Parit Jawa.

16 November 2011

Penyenggaraan Kecil Bangunan PKG - Bilik Kerja

PKG Sungai Balang, Muar, 16 Nov - Penyenggaraan kecil bilik kerja dan bilik cetak bagi tujuan meluaskan ruang bilik kerja untuk gunasama sebagai bilik solak lelaki. Kemudahan paip di bilik cetak sebagai tempat wuduk pengguna lelaki.

14 November 2011

Mesyuarat Penandaan Kertas PMR Ke-4

Sungai Balang, Muar, 14 November 2011 - Mesyuarat dijalankan pada 14 hingga 17 November 2011 di Bilik Mesyuarat PKG Sungai Balang, Muar. Penandaan bermula dari jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang.

10 November 2011

Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 Bagi GPM Daerah Muar

PKG Serom 3, Ledang, 10 Nov 2011 - Peserta seminar terdiri daripada 125 orang Guru Perpustakaan dan Media Daerah Muar. Turut hadir Encik Mohd Rasyidi bin Mohd Dom, PPPD (Sains dan Matematik) PPD Muar. Encik Zainal bin Broh, GPM SMK Pekan Baru, Muar, telah dipilih sebagai Wakil GPM Muar ke mesyuarat peringkat negeri. Tahniah kepada PPD Muar, Guru Besar SK Serom 3, GPM Daerah Muar dan JK Kerja Seminar atas sokongan dan komitmen tuan/puan/cik.

09 November 2011

Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 Bagi GPM Daerah Ledang

PKG Serom, Ledang, 09 Nov 2011 - Seramai 79 orang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Daerah Ledang Johor, telah menyertai seminar ini. Antara pembentang kertas kerja ialah Tuan Hj Jaafar Mamat (1 BestariNet), En Abdul Aziz Hj Said (Pengurusan Perubahan), En Esa Sudar (e-Bahan), Tn Hj Khalid Mohd Salleh (Kemahiran Abad Ke-21), En Aziz Atan (WEB 2.0) dan En Abd Rahman Md Amin (SPS). En Mohd Arshad Haron mengendalikan pemilihan Jawatankuasa Majlis GPM Daerah Ledang. Turut hadir En Mohd Rasyidi b Mohd Dom,PPPD (Sains Matematik Menengah) Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Mulai jam 2.00 petang, mesyuarat post-mortem telah dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas bagi penambahbaikan pelaksanaan seminar ini.

08 November 2011

Bengkel Penyediaan Modul Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21

PKG Serom, Ledang, 8 Nov 2011 - Bengkel ini dijalankan bagi memurnikan enam modul yang telah dipilih untuk dibentangkan dalam seminar yang akan dijalankan pada 9 dan 10 Nov 2011, di dewan Sekolah Kebangsaan Serom 3, Ledang, Johor. Disamping itu juga Jawatankuasa Kerja menyediakan dokumen dan bahan edaran dalam bentuk "hardcopy" dan Softcopy".

Learning Content Development System (LCDS)

Sila layari URL berikut:
http://youtu.be/ehicnoGFz7Q

05 November 2011

Solat Hari Raya 'idil Adha - 10 Zulhijjah = 6.11.2011

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

TIDAK MAKAN sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

TIDAK MELALUI JALAN YANG SAMA waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

04 November 2011

Keistimewaan Hari Arafah - 9 Zulhijjah = 5.11.2011

Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah R.A. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

Digalakan berPUASA kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah S.A.W. mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim).

Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah R.A. bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T..memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

03 November 2011

Taklimat Pelaksanaan 1BestariNet Bagi Pegawai BTPN dan PKG Johor

PKG Air Hitam, Batu Pahat, 03 November 2011 - Taklimat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP2 PKG Sungai Balang, Muar. Taklimat bermula jam 09.00 pagi hingga jam 05.00 petang.

01 November 2011

Kursus Pertengahan Penyelenggaraan Elektrik FT17

BTPN Johor, 01 hingga 03 November 2011 - Bengkel ini dihadiri oleh Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer, PKG Sungai Balang, Muar.

Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di TIGS

TIGS, Batu Pahat, 01 dan 02 November 2011 - Kursus ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP2 PKG Sungai Balang, Muar.

27 Oktober 2011

Lawatan Tapak Penyediaan LAN SK Parit Bulat

SK Parit Bulat, Muar, 27 Oktober 2011 - Lawatan ini bertujuan untuk menyediakan pelan rangkaian setempat dari bangunan lama (Router) ke bangunan baru (Pusat Akses). Lawatan ini dijalankan oleh Puan Norazilawati binti Husin (PTP2 PKG Sungai Balang), Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh (PTP1 PKG Parit Jawa), Pn Siti Fariza binti Abdul Samad (JTK PKG Pt Jawa) dan Cik Siti Salwa binti Ahmad (JTK PKG Sungai Balang).

Mesyuarat Penandaan Kertas PMR Ke-3

Sungai Balang, Muar, 27 Oktober 2011 - Mesyuarat dijalankan pada 27 hingga 29 Oktober 2011 di Bilik Mesyuarat PKG Sungai Balang, Muar. Penandaan bermula dari jam 08.00 pagi hingga 04.30 petang.

25 Oktober 2011

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan di PKG Tangkak

PKG Tangkak, Ledang, 25 Oktober 2011 - Pemeriksaan Aset Alik Kerajaan telah dilaksanakan mulai jam 09.00 pagi. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua staf PKG Tangkak. Pemeriksaan aset dijalankan oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP1 PKG Sungai Balang, Muar) dan Puan Nor Azizah binti Haji Saim (PT PKG Sungai Balang, Muar).

24 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 Bagi GPM

PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 24 Oktober 2011 - Mesyuarat ini dijalankan bagi menyelaraskan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 bagi Guru Perpustakaan dan Media, daerah Muar dan Ledang, Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Sha'piee bin Ali, PTP1 PKG Sungai Balang, Muar (Wakil Pengurusan PKG Muar). Agendanya mesyuarat ialah membentangkan kertas cadangan bagi menentukan tarikh (9 dan 10 November 2011), tempat (di Dewan SK Serom 3), jumlah peserta ialah 264 orang. Beberapa jawatankuasa kerja telah diwujudkan bagi melaksanakan aktiviti ini. Disamping seminar, penubuhan Majlis Guru Perpustakaan dan Media akan ditubuhkan bagi daerah Muar dan Ledang. Jam 2.00 petang, Encik Sha'piee dan Encik Mohd Arshad telah mengadakan perbincangan dengan Tuan Hj Lukman bin Simon, KU Akademik PPD Muar.

22 Oktober 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 10 Tahun 2011

Parit Jawa, Muar, 19 Oktober 2011 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd. Arshad bin Haron, PTP1 PKG Parit Bunga, Ledang, Johor. Mesyuarat dijalankan mulai jam 08.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

20 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Takwim dan Aktiviti 2012 BTPN dan PKG Zon Selatan

BTPN Negeri Sembilan, 20 Oktober 2011 - Pembentangan oleh BTPN telah dijalankan mulai jam 08.30 pagi hingga 01.00 tengahari. Jam 02.30 hingga 05.00 petang - rumusan draf aktiviti dan takwim BTPN dan PKG.
Draf PKG dapat disiapkan iaitu Penyelarasan Aktiviti, Penyelarasan Takwim dan Penyelarasan Program (Aktiviti dan Kos).

Bengkel Latihan Penggunaan Makmal Bahasa MBMMBI

Sungai Balang, Muar, 20 Oktober 2011 - Latihan ini dilaksanakan oleh syarikat yang membekalkan perisian aplikasi Makmal Bahasa MBMMBI bagi sekolah rendah. Peserta yang terlibat ialah Guru Bahasa Malaysia, Guru Bahasa Inggeris dan Juruteknik Komputer Sekolah. Juruteknik Komputer PKG turut hadir sebagai pasukan khidmat konsultasi di peringkat PKG masing-masing.

19 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Takwim dan Aktiviti 2012 BTPN dan PKG Zon Selatan

BTPN Negeri Sembilan, 19 Oktober 2011 - Mesyuarat ini untuk menyediakan draf aktiviti dan takwim untuk dibentangkan dalam mesyuarat peringkat BTP. Mesyuarat ini melibatkan BTPN Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Asha'ari bin Omar, PP BTPN Johor. Turut hadir Tuan Haji Amir, PP (Menjalankan Tugas KPP) BTPN Melaka.

18 Oktober 2011

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Tranformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21

PKG Bagan, Batu Pahat, 18 Oktober 2011 - Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Yahya bin Seikh Salleh, PTP PKG Bagan, Batu Pahat. Ahli mesyuarat terdiri daripada peserta yang menghadiri Seminar di Royale Bintang, Seremban dan Wakil Pengurusan PKG Daerah. Satu kertas cadangan telah disediakan sebagai dokumen sokongan bagi tujuan melaksanakan Seminar Transformasi Pembestarian Sekolah Abad Ke-21 kepada pentadbir sekolah.

12 Oktober 2011

Bengkel Peningkatan Kemahiran Aplikasi Pemprosesan Perkataan Dalam Pengurusan

PKG Lenga, Muar, 12 Oktober 2011 - Bengkel ini dijalankan pada 12 dan 13 Oktober 2011. Semua Pembantu Tadbir PKG, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG dan 5 orang Juruteknik Komputer turut serta dalam bengkal ini. Diakhir bengkel ini, semua peserta diwajibkan menyediakan satu brosyer yang berkaitan dengan fungsi PKG. Fasilitator bengkel ilah Encik Aziz bin Atan (PTP1 PKG Bakri) dibantu oleh Pn Zarifah binti Zakaria (PTP2 PKG Jalan Tunku Bendahara) dan Encik Abdul Aziz bin Haji Said (PTP2 PKG Parit Setongkat).

06 Oktober 2011

Taklimat Guru Pemulihan Kem LINUS PPD Muar

Sungai Balang, Muar, 06 Oktober 2011 - Taklimat disampaikan oleh Pegawai Meja LINUS Jabatan Pelajaran Johor. Seramai 50 orang guru terlibat.

28 September 2011

Bengkel Pembinaan Instrumen Tokoh NILAM

PKG Jalan Tunku Bendahara, 28 September 2011 - Pembinaan instrumen bersama 10 orang Guru Kanan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Bengkel ini diketuai olah Encik Abdul Rashid bin Abdul Wahab, PTP PKG Lenga, Muar.

27 September 2011

Taklimat Konfigurasi Penggunaan PuAS

PKG Bukit Gambir, 27 September 2011 - Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG serta 10 Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Sungai Balang, menghadiri taklimat ini, mulai jam 08.30 pagi.

26 September 2011

Bengkel Khidmat Kepakaran Penyediaan Infra Rangkaian Setempat (LAN) di SK Parit Bakar Tengah

Bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan kepakaran semua Juruteknik Komputer PKG sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan khidmat sokongan untuk memenuhi Sasaran kerja Tahunan Juruteknik Komputer PKG. Bengkel ini diketuai oleh Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, PTP PKG Parit Jawa, Muar.

21 September 2011

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Bil. 3 Tahun 2011

BTPN Johor, 21 hingga 23 September 2011 - Antara agenda yang diperbincangkan ialah Penyelarasan Aktiviti PKG Tahun 2012, Pemantauan Penggunaan TeknoPen, PuAs, iQ-PSS, i-NILAM, Pemantauan "on-line" Server LMS dan "Router Monitoring", dan Pemasangan Perisian Makmal Bahasa MBMMBI. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan sepanjang mesyuarat ini. Semua Pegawai dan Staf PKG akan terlibat secara langsung dalam semua perkara di atas. Tuan KPP, BTPN Johor sentiasa mengikuti perkembangan pembentangan dokumen serta saranan daripada Ketua Unit BTPNJ.

20 September 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 9 Tahun 2011

Parit Bunga, Ledang, 20 September 2011 - Mesyauarat telah dijalankan mulai jam 09.15 pagi bingga jam 12.56 tengahari. Antara perkara yang dibincangkan ialah Bengkel Penggunaan CD Digital MBMMBI Tingkatan 1 Tahun 2012, Pembentangan Penyelarasan Bengkel/Latihan dan Aktiviti PKG Tahun 2012 dan Penyediaan Dokumen Mesyuarat Pengurusan PPD.

16 September 2011

Edaran CD Bahan Digital Dasar MBMMBI Tingkatan 1, Tahun 2012

PKG Daerah Muar akan mengedarkan CD Bahan Digital Dasar MBMMBI Tingkatan 1 Tahun 2012 pada 29 September 2011 di PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar. Semua PKG diminta merujuk kepada proses kerja yang telah dikirimkan melalui email untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih atas komitmen tuan/puan.
'SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA"

13 September 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA: READ2011

PKG Daerah Muar dan Ledang sebagai Urusetia Program Kem Membaca 1Malaysia: READ2011, telah memilih 15 sekolah dalam pelaksanaan program ini.
Sekolah terlibat ialah SMK Pesisiran Perdana, SMK Jalan Junid, SK Sri Tangkak, SMK Seri Tangkak, SMKA Maahad Muar, SK Kota Raja, SK Panchor, SK Pekan Bahru, SMK Lenga, SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, SMK(P) Sultan Abu Bakar, SK Serom 6, SK Jorak, SMK Tun Perak dan SJKC Chin Kwang Wahyu Parit Jawa.
Sila layari laman http://www.readtogether.com.my untuk mendaftar dan memperolehi 50 buah buku sumbangan pihak SCHOLASTIC.

08 September 2011

Pembentangan Hasil Bengkel

Instrumen Pemantauan Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam P&P, Instrumen Pemantauan Penggunaan PSS di Sekolah, Instrumen Pemantauan BTPN ke PKG dan Penyelarasan Bengkel/Latihan dan Aktiviti PKG Johor 2012.

07 September 2011

Bengkel Pengemaskinian Aset Alih Kerajaan BTPN Johor

BTPN Johor, Skudai, 06 hingga 08 Sepetember 2011 - bengkel ini dijalankan bersama Pembantu Tadbir PKG yang terlibat, terutama yang hampir dengan BTPN. Sementara Wakil Pengurusan PKG Daerah mealaksanakan aktiviti seperti mengemaskini instrumen pemantauan PKG ke sekolah dan penyelarasan aktiviti PKG bagi Tahun 2012.
Tuan KPP telah menyampaikan beberapa harapan untuk program tahun 2012.