25 November 2007

Selamat Pengantin Baru - Milatusamsi dan Rohana

Muar - Ahad, 25 November 2007. Pembantu Tadbir PKG Parit Jawa Muar, Rohana Hj Ishak telah selamat diijabkabulkan dengan Encik Milatusamsi bin Maskor, Juruteknik PSPN Johor. Turut hadir dalam majlis di kediaman pengantin perempuan ialah Tuan Haji Paridin bin Jais, KPP, PSPN Johor, Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan PSPN Negeri Johor, rakan-rakan dari daerah lain di Negeri Johor dan Daerah Muar serta keluarga.

23 November 2007

Al-Fatihah untuk Tuan Haji Ismail bin Haji Adnan (isbiha)

Dengan nama penanya isbiha, seorang pendidik dan pengamal teknologi pendidikan ini pernah bertugas di Pusat Perkembangan Kurikulum yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Bidang Teknologi. Beliau telah meninggal dunia di Johor Bahru pada jam 09.00 pagi Jumaat, 23 November 2007. Sekiranya rakan PKG masih ingat persidangan PKG yang pertama di Hotel Rosa Pasadena Cameron Highland, beliau telah membentang kertas kerja yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru. Kediaman beliau di 73, Lorong 3, Jalan Sri Meranti, Taman Bukit Chedang, Seremban, Negeri Sembilan. Melalui blog ini anda boleh melawat blog beliau iaitu Warisan Sejarah, Seni dan Budaya. Beliau pernah menulis buku bersama En Ab Rahim bin Selamat, iaitu Perpustakaan Sumber Sekolah (konsep, perancangan, penyebaran,pelaksanaan) terbitan Jabatan Pelajaran Johor Tahun 1982 (kulit warna kuning). Pada 16 November 2007, buku terakhir ditulis dan dilancarkan iaitu Integriti Keluarga.

21 November 2007

Bengkel/Latihan Pendokumentasian Pengurusan Aset Alih Kerajaan PKG Daerah Muar

Bengkel/Latihan ini dijalankan di Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar, pada hari Rabu, 21 dan Khamis, 22 November 2007. Semua Ketua PKG dan staf sokongan PKG diwajibkan hadir. Aktiviti yang dijalankan ialah penyelarasan pendokumentasian aset di PKG (Harta Modal, Inventori, Buku dan CDRI), penggunaan borang baru (KEW PA), Manual Prosedur Kerja (Pemantauan PSS, Nilam dan ICT) dan Merangka Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2008.
Bengkel/Latihan ini diketuai oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang) dan dibantu oleh Encik Mohd Arshad bin Haron (PTP PKG Parit Bunga) dan Encik Khalid bin Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa) serta semua Pembantu Tadbir PKG (PTPO N17) yang berpengalaman.

20 November 2007

Penyelenggaraan Hawa Dingin

Dalam Pengurusan Aset Alih Kerajaan, penyelenggaraan perkakasan eletrik perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini bagi memastikan semua penghawa dingin dapat berfungsi dalam jangka hayat yang lebih lama. PKG Sungai Balang telah melaksanakan proses ini bagi tahun 2007.

14 November 2007

Pengagihan Buku Bacaan Tambahan PSS Tahun 2007

Buku bacaan tambahan Pusat Sumber Sekolah Tahun 2007 telah diagihkan kepada semua sekolah ahli mengikut masa dan tarikh penghantaran ke Pusat Kegiatan Guru.

13 November 2007

Kursus Aplikasi Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan ICT ERT JPNJ

Kursus aplikasi ini telah dijalankan pada 12 hingga 14 November 2007, di Tanjong Bidara Beach Resort, Tanjong Bidara, Melaka. Kursus melibatkan 67 orang peserta terdiri daripada guru-guru ERT yang mewakili setiap daerah di negeri Johor. Fasilitator kursus ini ialah Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang) dan Encik Khalid bin Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa). Antara kandungan kursus ini ialah penerangan mengenai pembangunan modul, ujilari perisian kursus, membuat penambahbaikan melalui input daripada peserta dan menilai keberkesanan perisian. Modul ini merupa modul yang terakhir bagi Pengurus Projek iaitu Puan Hajjah Sutinah binti Abdullah, Penyelia Kanan Unit ERT JPNJ yang akan bersara pilihan pada akhir bulan November ini. Tahniah! Semoga projek ini dapat diteruskan oleh pengganti beliau.

09 November 2007

Khidmat Bantu Pembangunan Modul ICT ERT JPN Johor

Khidmat bantu dilaksanakan pada 8, 9 dan 11 November 2007. Modul ini akan dibentangkan kepada semua wakil guru ERT seluruh negeri pada 12 hingga 14 November 2007, di Tanjong Bidara Resort, Melaka. Aplikasi modul ini akan diuji oleh guru-guru ERT. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG yang terlibat ialah Tuan Haji Sha'piee bin Ali (Sungai Balang), Encik Khalid bin Mohd Salleh (Parit Jawa), Encik Yahya bin Seikh Salleh (Bagan), Encik Abd Rahman bin Isnin (Benut). Pembangunan ini dibantu oleh Encik Md Ridhwan bin Haji Jamian (Bagan).

02 November 2007

Khidmat Bantu Konfigurasi dan Ujilari Rangkaian Tanpa Wayar

Jumaat, 02 November 2007 - Khidmat bantu ini dijalankan bagi memastikan rangkaian tanpa wayar yang disediakan sempena Karnival Pusat Sumber Sekolah, SK Parit Samsu, Muar dapat berjalan dengan lancar. Perkhidmatan ini meliputi sistem rangkaian pembayar bil utiliti, pembayaran secara pindahan antara instusi kewangan yang melaksanakan sistem e-pembayaran. Selain daripada itu pendedahan mengenai capaian maklumat serta teknik mengumpulkan maklumat dan bahan sokongan untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran. Pegawai Teknologi Pendidikan yang terlibat ialah En Khalid Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa), En Akbar bin Ibrahim (PTP PKG Pt Jawa) dan Tn Hj Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai Balang). Karnival ini berlangsung selama dua hari, iaitu hari Jumaat dan Sabtu (esok). Perasmian karnival disempurnakan oleh En Mohd Nasir bin Kiman, Penghulu Mukim Parit Jawa, Muar.

01 November 2007

Taklimat/Bengkel Penyelarasan Dokumentasi Maklumat Pembestarian Sekolah

Taklimat/bengkel ini akan dijalankan pada hari Khamis, 01 November 2007, mulai jam 02.15 petang di bilik Mesyuarat, PKG Sungai Balang, Muar. Kumpulan sasaran ialah Guru Penolong Kanan 1 sekolah ahli PKG. Antara lain kandungan taklimat ialah berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan Pusat Sumber Sekolah, Program NILAM, Makmal Pengkomputeran, SchoolNet, Pusat Akses Sekolah (PAk), Pemilihan Tokoh NILAM 2007, Bekalan Bahan Bacaan Tambahan 2007, pengurusan dan penggunaan perkakasan serta perisian kursus (CDRI) terbitan PPK, BTP, Buku Teks dan Smart School. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan (Ketua PKG), PKG Sungai Balang, Muar.