29 Februari 2008

Mesyuarat Permuafakatan Bersama Pegawai Pelajaran Daerah Muar

Mesyuarat diadakan pada hari Jumaat, 29 Februari 2008, di Pejabat Pelajaran Daerah Muar, mulai jam 10.30 pagi. Fokus mesyuarat adalah memastikan semua laporan pemantauan yang telah dijalankan oleh PKG perlu disahkan oleh PPD untuk diambil tindakan oleh sekolah-sekolah.

Mesyuarat Pembangunan PKG Johor Kali Pertama 2008

Mesyuarat diadalah di PKG Tongkang Pechah, d/a SK Bandar, Batu Pahat. Antara lain fokus mesyuarat ialah mengenai pembelanjaan penyelenggaraan PKG dalam aspek peralatan ICT dan bangunan. Aspek penyelenggaran ICT berfokus kepada komputer (PC) untuk pentadbiran PKG berbangunan sementara.

27 Februari 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Kali Ke-2

Mesyuarat telah diadakan pada hari Rabu, 27 Februari 2008, di Bilik Mesyuarat Pusat Kegiatan Guru Parit Jawa, Muar. Fokus mesyuarat ialah memastikan dokumen pemantauan, khidmat bantu/nasihat dan pelaporan.

25 Februari 2008

Khidmat Bantu PSS SK Tanjung Tohor

Khidmat Bantu PSS telah dijalankan pada hari Isnin, 25.02.2008, mulai jam 08.40 pagi hingga jam 10.00 pagi. Antara khidmat yang diberikan ialah penyediaan Fail Kuasa PSS, Penyediaan Carta Organisasi, Pelaksanaan Program Membina Tabiah Membaca (NILAM) dan Susunatur Buku. Masa "Free" Guru Perpustakaan dan Media dimanafaatkan sebaik mungkin memandangkan sekolah ini adalah Sekolah Kurang Murid.

23 Februari 2008

Lawatan Kerja Ke PSS Cemerlang

Lawatan kerja ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 23 Februari 2008 di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah bagi memenuhi keperluan kepada peningkatan pencapaian akademik sekolah. Peserta lawatan terdiri daripada dua wakil sekolah dan seorang Pegawai Teknologi Pendidikan setiap Pusat Kegiatan Guru (PKG). Lawatan ini diketua oleh Puan Kamariah binti Mohd Rawi, Guru Besar, SK Parit Setongkat, Muar bersama Encik Mohd Arshad bin Haron, PTP PKG Muar merangkap Ketua PKG Daerah Muar.

19 Februari 2008

Pemantauan PSS, Program Membaca dan Inisiatif ICT SK Tanjung Tohor

Sungai Pulai, Seri Menanti, Muar - 18 Februari 2008, pemantauan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Tohor (SKM) mulai jam 10.20 pagi hingga 12.30 tengahari. Khdimat bantu yang diberi dari segi pengurusan dan perkhidmatan PSS, Penyediaan data nilam dan penandaan buku catatan murid serta uji kelajuan capaian SchoolNet.

11 Februari 2008

Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan UPSR dan PMR 2007 DUN Sg Balang

Majlis diadakan di Dewan SK Orangkaya Ali pada hari Isnin, 11 Februari 2008 mulai jam 03.00 petang. Majlis disempurnakan oleh YB Dr Robiah binti Dato' Haji Kosai, EXCO Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Negeri Johor, merangkap ADUN Sungai Balang.

01 Februari 2008

Pemantauan dan Khidmat Bantu SK Parit Pechah

01 Februari 2008, jam 10.15 pagi hingga 11.35 pagi, pemantauan dan khidmat bantu telah dilaksanakan di SK Parit Pechah. Tugasan yang dilaksanakan ialah Ujian Capaian Talian SchoolNet, Pinging, Pusat Sumber Sekolah, Penempatan semula bilik media dan Aplikasi Inisiatif ICT.