31 Mei 2010

Mesyuarat Program Galakan Penggunaan Jalurlebar Berkelajuan Tinggi

PKG Parit Setongkat, Muar, 31 Mei 2010, jam 02.15 petang - Mesyuarat dijalankan bagi memastikan semua program yang berkaitan dengan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Sha'piee Ali bersama Tuan Haji Khalid Mohd Salleh, Puan Anita Ibrahim, En Aziz dan En Azlan. Antaranya ialah Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran, Digital Story Telling, Penarafan SSQS bagi Pentadbir dan Guru dan Bengkel Literasi Maklumat. PKG Parit Setongkat akan mengadakan pemantauan dan perbincangan bersama pentadbir sekolah berkenaan pada 01 Jun 2010.

Mesyuarat FTTS Program Digital Pagoh


SMK Bukit Pasir, Muar, 31 Mei 2010 - Mesyuarat FTTS Program Digital Pagoh dijalankan di Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir, Muar, mulai jam 10.30 pagi. Antara agenda yang dibincangkan ialah Kelengkapan Prasarana yang telah disediakan, Program Galakan Penggunaan Jalurlebar Berkelajuan Tinggi dan Penarafan SSQS bagi Pentadbir dan Guru SMK Bukit Pasir. BTPN Johor telah diwakili oleh Encik Mokhtar, sementara PKG Muar diwakili oleh Tuan Haji Jaafar bin Mamat, Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali. PPD Daerah Muar Ledang diwakili oleh Encik Safaat bin Hashim.

27 Mei 2010

Program Digital Pagoh

PKG Parit Setongkat, Muar, 27 Mei 2010 - Perbincangan bersama Puan Anita (PKG Parit Setongkat), Tuan Haji Khalid (PKG Parit Jawa) dan Tuan Haji Sha'piee (PKG Sungai Balang), berkaitan dengan pengisian bagi program di atas yang akan dilancarkan oleh YAB TPM pada 06 Jun 2010 di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. Pihak PKG Parit Setongkat telah melaksanakan Khidmat Bantu PSS dan akan melaksanakan pemantauan PSS, NILAM dan ICT pada 01 Jun 2010.

Lawatan Tapak Pemasangan LAN di STUDI Muar

SMK Tun Dr Ismail, Bakri, Muar, 27 Mei 2010 - Lawatan tapak pemasangan rangkaian di Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan makmal Sains. Lawatan ini bagi mengenalpasti rekabentuk rangkaian yang akan dipasang mengikut spesifikasi yang ditentukan. Pegawai terlibat ialah Encik Aziz Atan (PKG Bakri), Tuan Haji Khalid Mohd Salleh (PKG Parit Jawa), Tuan Haji Sha'piee Ali (PKG Sungai Balang) serta Juruteknik Komputer PKG Bakri dan Juruteknik Komputer SK Seri Bukit Batu.

25 Mei 2010

Majlis Ramah Mesra TPM Bersama Warga Pendidikan Daerah Muar Sempena Hari Guru 2010


Pagoh, Muar, 25 Mei 2010 - Majlis ini berlangsung mulai jam 01.00 tengahari hingga jam 04.00 petang. Seramai 2,500 orang guru dari daerah Muar dan Ledang hadir untuk memeriahkan majlis ramah mesra TPM bersama cikgu sempena sambutan Hari Guru Daerah Muar Tahun 2010. Majlis ini diadakan di Kompleks Sukan Pagoh, lebih kurang 4 km dari lebuhraya (keluar ke Pagoh dan Muar). Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Pengarah Pelajaran Johor, serta pegawai-pegawai KPM.

24 Mei 2010

Raptai Majlis Ramah Mesra Bersama TPM Dengan Warga Pendidikan Muar Sempena Hari Guru 2010


Kompleks Sukan Pagoh, 24 Mei 2010 - Majlis tersebut diadakan bermula jam 09.00 pagi hingga 12.45 tengahari. Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang terlibat dalam Jawatankuasa Pengambaran dan Dokumentasi Digital. Semua Peagawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer adalah petugas dalam majlis ini.

20 Mei 2010

Mesyuarat Penyelarasan Majlis Ramah Mesra Warga Pendidikan Muar Bersama YAB Tan Sri TPM

Kompleks Sukan Pagoh, Muar, 20 Mei 2010 - Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-4 berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Pagoh, mulai jam 10.00 pagi hingga jam 02.00 petang, di pengerusikan oleh Tuan Haji Ramli bin Abd Samad, PPD Muar. Penyelarasan terakhir bagi menentu dan memastikan semua Jawatankuasa telah bersedia dengan tugasan masing-masing bagi melicinkan majlis tersebut.

19 Mei 2010

Mesyuarat Penyelarasan Dokumentasi Penyelenggaraan ICT Sekolah

PKG Ayer Hitan, Batu Pahat, Rabu, 19 Mei 2010 - Mesyuarat telah dijalankan bagi menyelaras dan mengemaskini dokumen pengurusan penyelenggaraan peralatan ICT sekolah bagi tahun 2010.

18 Mei 2010

Kursus Pengurusan Mesyuarat

PKG Parit Sulong, Sekasa, 18 Mei 2010 - Menjalankan tugas sebagai Fasilitator kursus tersebut. Antara pengisian kursus ialah Simulasi Mesyuarat, Tatacara Pengurusan Mesyuarat PKPA 2 Tahun 1992, Menulis Minit Mesyuarat dan Maklumbalas Mesyuarat.

17 Mei 2010

Mesyuarat Penyelarasan JK Pengambaran dan Dokumentasi

Isnin, 17 Mei 2010 - Mesyuarat dijalankan mulai jam 02.30 petang di Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga, Ledang, Johor. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengujilari peralatan dan perkakasan perlu dan berfungsi, serta untuk men"sycronise"kan semua peralatan bersama JK Multimedia Hari Guru 2010 Daerah Muar.

12 Mei 2010

Bengkel PSS dan Literasi Maklumat

BTPN Johor, 12 Mei 2010 - bertugas sebagai Fasilitator bengkel di atas dengan tajuk Operasi i-NILAM. Topik yang dibincangkan ialah Punca Kuasa, Rekabentuk Sistem i-NILAM, Carta Gant Pelaksanaan i-NILAM.

11 Mei 2010

Khidmat Bantu Pemasangan LAN SMK Sri Muar

SMK Sri Muar, 11 Mei 2010 - Khidmat bantu dijalankan bersama PKG Parit Bunga, PKG Parit Jawa dan PKG Sungai Balang. Projek ini diketuai oleh Encik Mohd Arshad bin Haron dengan dibantu oleh Tuan Haji Khalid Salleh dan Tuan Haji Sha'piee Ali. Seramai 15 orang Juruteknik Komputer dan Fasilitator SchoolNet telah turut sama membantu sambil berkongsi pengalaman antara rakan mereka. Projek ini bermula pada jam 08.30 pagi dan tamat pada jam 05.30 petang.

10 Mei 2010

Tahniah kepada Pentadbir Sekolah Ahli

TAHNIAH dan TERIMA KASIH atas kerjasama SEMUA PENTADBIR SEKOLAH AHLI Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang kerana telah berjaya melengkapkan pemantauan SPPICTS secara atas talian bagi fasa 1 yang tamat pada 09 Mei 2010.

Pemasangan LAN SMK Sri Muar - Kerja Fasa 2

Ahad, 09 Mei 2010 - Kerja-kerja menanam sesalur melintasi antara Makmal Komputer ke Bangunan Pentadbiran Sekolah telah dilaksanakan bagi memudahkan operasi pemasangan LAN yang akan dilaksanakan pada hari Selasa, 11 Mei 2010 bermula jam 08.30 pagi. Tuan Haji Khalid Mohd Salleh, PTP PKG Parit Jawa, telah mendapatkan khidmat daripada kontraktor untuk melaksanakan kerja ini.

07 Mei 2010

Bengkel Kefahaman Fail Meja GPB

Bengkel dijalankan mulai 04 hingga 07 Mei 2010 di BTPN Johor. Antara pengisian bengkel ialah Pembugaran SSQS, Verifikasi Data PuAS, Fail Meja GPB Sekolah Tun Fatimah, Data SPPICTS, Laporan Audit Pusat Akses Sekolah, Tatacara Pengurusan Dokumen Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah dan Pembentangan Penambahbaikan Fail Meja GPB Pembestarian Sekolah.