22 Disember 2010

Mesyuarat Pengurusan dan Penyelarasan Aktiviti PKG Johor

PKG Endau, 20 dan 21 Disember 2010 - mesyuarat ini dijalankan bagi memurnikan perincian aktiviti dan proses kerja bagi SKT 2011, menyediakan garispanduan pemantauan dan aktiviti SKT 2011 dan format pelaporan yang akan digunapakai bagi pelaksanaan SKT 2011 PKG Johor.

Ahli mesyuarat terdiri daripada 2 orang pegawai BTPN (Encik Asha'ari Omar dan En Azwan) serta 2 orang PTP bagi setiap fungsi SKT PKG yang telah dicadangkan pada mesyurat 16 Disember 2010 di BTPN Johor.

15 Disember 2010

Bengkel Pemurnian SKT 2011 PKG Johor






15 Disember 2010, BTPN Johor - Bengkel ini telah dilaksanakan bagi menyediakan perincian aktiviti bagi setiap aktiviti/projek bagi setiap fungsi. Satu pembentangan akan dijalankan pada pagi 16.12.2010 bagi menghalusi perincian ini untuk kegunaan organisasi setiap PKG Johor.

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Kali Ke 3, 2010


Jalan Hang Jebat, Skudai - 15 Disember 2010, mesyuarat tersebut diadakan di BTPN Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ishak bin Haji Mahbob, KPP BTPN Johor.

09 Disember 2010

Khidmat Bantu ICT SK Bakri Batu 5

Khamis, 09 Dis 2010 - Khidmat bantu dijalankan bagi memastikan rangkaian Makmal Komputer boleh dicapai dari Pusat Akses Sekolah. Ujian capaian ke DNS GITN sangat baik.

Capaian internet TIDAK dicapai melalui Pusat Akses Sekolah kerana kerosakan alat perhubungan iaitu salah satu Multi Mode Converter tidak berfungsi.

Alat ganti sedang diusaha dengan kos paling minima untuk membantu sekolah.

04 Disember 2010

Mesyuarat Pengurusan LNPT Kali Ke 2 Tahun 2010

Skudai, 02 Disember 2010 - Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan dan mengemaskini dokumen LNPT 2010 bagi BTPN dan PKG Johor. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr Azman bin Ahmad, PP Pentadbiran dan Kewangan BTPN Johor, bersama beberapa pegawai dan staf sokongan BTPN serta Wakil Pengurusan PKG Daerah.