30 Jun 2011

Penilaian PSS Cemerlang Kategori SMK Bandar - SM Sains Muar

Tanjung Agas, Ledang - Penilaian PSS Cemerlang Daerah Muar dan Ledang dijalankan mulai jam 08.35 pagi hingga 11.55 pagi, bersama GPK(KOKU) Tuan Haji Jaafar bin Ibrahim dan Guru Penyelaras Media Encik Rozlan bin Zolkaply. Penilai terdiri daripada Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom), Encik Abd Rahmab bin Md Amin (PTP PKG Serom) dan Tuan Haji Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar).

29 Jun 2011

Pemantauan Status Peralatan ICT Makmal Komputer SK Jalan Yusof

Pemantauan dilaksanakan mulai jam 09.20 pagi di Sekolah Kebangsaan Jalan Yusof, Muar. Pemantauan ini bertujuan untuk mendapatkan status perkakasan/peralatan ICT sekolah yang telah diterima pada 18 Jun 2002.

28 Jun 2011

Penilaian PSS Cemerlang Kategori SMK Bandar - Sekolah Tinggi Muar

Sekolah Tinggi, Muar, Selasa, 28 Jun 2011 - Penilaian berlangsung mulai jam 09.00 pagi hingga jam 01.00 tengahari. Penilaian ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Sahabudin bin Jazuli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar (Unit Akademik), Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang), Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom) dan Encik Abd. Rahman bin Md. Amin (PTP PKG Serom). GPM sekolah ini, Cik Harizan binti Mahfar telah memberikan kerjasama dan membantu kelancaran proses penilaian ini. Tahniah !!!

27 Jun 2011

Penilaian PSS Cemerlang Kategori SMK Bandar - SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar

SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar, 27 Jun 2011 - Penilaian dijalankan oleh Tuan Haji Mohd Sahabudin bin Jazuli (Pen. PPD Muar), Tuan Haji Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar), Encik Esa bin Sudar (PTP PKG Serom, Ledang), Encik Abd Rahman bin Md Amin (PTP PKG Serom, Ledang) dan Encik Mohd Firdaus bin Mohd Isa (JTK PKG Serom, Ledang). Penilaian bermula jam 09.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

22 Jun 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 6 Tahun 2011

Sungai Balang, Muar, 22 Jun 2011 - Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi dan Ucapan Ketua Penolong Pengarah BTPN Johor melalui Sidang Video.

Rekod Bacaan Bulanan Murid Sehingga 22 Jun 2011



20 Jun 2011

Bengkel/Latihan Kemahiran Penyediaan LAN

SK Sungai Balang Darat, Muar, 20 Jun 2011 - Bengkel/Latihan ini disertai oleh semua Juruteknik Komputer Sekolah Ahli PKG Sungai Balang seramai 9 orang, 1 orang Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Parit Jawa dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Balang, Muar. Rangkaian Setempat (LAN) disambung daripada Pusat Akses Sekolah (PuAS) ke pejabat pentadbiran. Peralatan yang dipasang ialah 1 unit Router Wireless dan 1 unit Switch 16 port.

17 Jun 2011

Pemantauan ICT Sekolah

Sungai Balang Darat, 17 Jun 2011 - PKG Sungai Balang telah melaksanakan pemantauan ICT bagi tujuan penyenggaraan peralatan ICT sekolah dan juga rangkaian setempat bagi bangunan baru. Rangkaian perlu disambung dari Pusat Akses Sekolah ke pejabat pentadbiran sekolah. Bengkel/Latihan Kemahiran Penyediaan LAN akan dijalankan pada 20 Jun 2011.

16 Jun 2011

Khidmat Bantu Penyediaan LAN SK Parit Samsu Muar

Khamis, 16 Jun 2011, SK Parit Samsu, Muar - Perkhidmatan ini dilaksanakan dari pejabat lama ke pejabat pentadbiran bangunan baru, bilik guru dan bilik sains. Aktiviti ini diketuai oleh Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh dengan dibantu oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali serta seorang Juruteknik Komputer PKG (PKG Parit Jawa) dan enam orang Juruteknik Komputer Sekolah (SK Parit Jawa, SMK Raja Muda, SK Parit Pechah, SK Parit Nawi, SK Sungai Balang Darat dan SK Parit Latif).

14 Jun 2011

Mesyuarat Penyelarasan Penyenggaraan ICT Sekolah-sekolah Harian 2011

Mesyuarat dijalankan di Bilik Gemilang, BTPN Johor, pada 14 Jun 2011. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Rizal bin Abu Samah, Penolong Pengarah BTPN Johor. Antara agendanya ialah pembentangan Garispaduan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah Harian 2011, Penyelarasan Senarai Sekolah berasaskan STS. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.