23 Ogos 2011

Penerimaan Bahan Digital MBMMBI Bahasa Inggeris

23 Ogos 2011 - Terima jam 04.10 petang - 3 set. @ set untuk SMK dan 1 set untuk PKG. 1 set mengandungi 1 keping CD dan 1 Manual Pengguna.

12 Ogos 2011

Bengkel Aplikasi SSQS 2011 Secara "Off-Line"

Parit Jawa, Jumaat 12 Ogos 2011 - Bengkel ini dijalankan untuk tujuan "backup" bagi data yang gagal dimuatnaik melalui portal KPM. Bagi sekolah yang memilih Aplikasi Secara "Off-Line", semua data perlu dihantar ke PKG masing-masing sebelum atau pada hari Rabu, 17 Ogos 2011.

Taklimat Penerimaan dan Pengujian CD Bahan MBMMBI

PKG Bandar Kluang, Jumaat 12 Ogos 2011 - Taklimat ini dihadiri oleh semua wakil PKG Negeri Johor di PKG Bandar Kluang, Kluang, Johor. Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit PIM, BTPN Johor Encik Yusma@Abdul Mubin bin Yusof (Penolong Pengarah) bersama Encik Azhar bin Taib (PTP BTPN Johor). Pengerusi Taklimat ialah KPP BTPN Johor (Tuan Haji Ishak bin Mahbob).

10 Ogos 2011

Mesyuarat Perancangan Penerimaan Bahan Digital MBMMBI Menengah Rendah 2012

PKG Penggaram, Rabu 10 Ogos 2011 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Yusma@Abd. Mubin bin Yusof, PP BTPN Johor (Ketua Unit PIM). Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Encik Azhar Talib (PTP BTPNJ), Encik Sha'piee Ali (PTP PKG Sungai balang dan Encik Mohd Noor Hafiz Zakaria (PTP PKG Penggaram).

Antara lain agenda mesyuarat ialah:
  • Proses Penerimaan Bahan Digital
  • Pelaksanaan Kemahiran Pengendalian dan Penggunaan Bahan Digital
  • Pelaksanaan Kursus Dalaman Di Peringkat Sekolah
Satu dokumen maklumbalas telah dibina bagi tujuan pengumpulan maklumat dan pelaporan.

09 Ogos 2011

Pemantauan Operasi Penarafan SSQS Secara "On-line" 2011

Bermula jam 02.30 petang semalam (Isnin, 08.08.11) proses penarafan mula menunjukkan peningkatan bagi 5 buah sekolah.

08 Ogos 2011

Penarafan SSQS 2011 Secara "Off-Line"

PKG Sungai Balang dan PKG Parit Jawa akan mengadakan Bengkel Aplikasi SSQS 2011 Secara "Off-Line" kerana gangguan talian sedia ada. Bagi memastikan data diperolehi mengikut ketetapan tarikh 20 Ogos 2011, maka inisiatif ini perlu dilaksanakan.

04 Ogos 2011

Mesyuarat Penyelarasan Data Sistem dan Dokumen Aset Alih

Parit Jawa, 04 Ogos 2011 - Mesyuarat dijalankan mulai jam 09.00 pagi. PKG yang terlibat ialah PKG Parit Setongkat, PKG Lenga, PKG Bakri dan PKG Parit Jawa. Tujuannya untuk menyelaraskan data aset PKG (dokumen dan sistem). Agenda mesyuarat adalah Kemaskini Dokumen Aset, Kemaskini Data Sistem DBAset&stor dan Suntingan Data Melalui Table. Semua data (TASET.TXT) dan dokumen aset perlu kemaskini sebelum atau pada hari khamis, 11 Ogos 2011. Data TASET.TXT hendaklah diemailkan ke pkg_sungai_balang@moe.edu.my seperti masa yang ditetapkan.