31 Ogos 2012
29 Ogos 2012
Bengkel VLE
PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 29 Ogos 2012 - Bengkel ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin dan Cik Siti Salwa binti Ahmad.
Majlis Sekilat Intan Selayang Sutera
Muar Bandar Diraja, 28 Ogos 2012 - Majlis ini diadakan sempena persaraan Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, Mantan PTP PKG Parit Jawa, Muar, Johor. BTPN Johor diwakili oleh Encik Asha'ari bin Omar, PPD Muar diwakili oleh Tuan Haji Lukman bin Simon dan Encik Mohd Esa bin Mohd Amin, dan Semua Wakil Pengurusan PKG Daerah Negeri Johor.
28 Ogos 2012
Mesyuarat Wakil Pengurusan PKG Johor
PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 28 Ogos 2012 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Asha'ari bin Omar, Penolong Pengarah BTPN Johor. Semua Wakil Pengurusan PKG (Penghulu) Negeri Johor hadir.
27 Ogos 2012
Mesyuarat Status Perolehan Peralatan ICT Sekolah
PKG Sungai Balang, Muar, 27 Ogos 2012 - Mesyuarat di atas dijalankan pada jam 3.00 petang. Semua Juruteknik Komputer Sekolah dan Guru Penyelaras ICT (bagi sekolah yang tiada JTK) dikehendaki hadir. Agenda mesyuarat adalah Penyemakan Data Tahun 2009 dan Kemas Kini Data Tahun 2012.
Kursus Pembangunan Pasukan
Sungai Balang, Muar, 27 Ogos 2012 - Kursus Pembangunan Pasukan Ke Arah Peningkatan Prestasi Organisasi bagi Guru-guru Besar Sekolah Daerah Muar dan Ledang. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Aminudin Baki, KPM. Seramai 4 orang Fasilitator dan 30 orang peserta terlibat dalam kursus yang berlangsung mulai 27 hingga 29 Ogos 2012.
24 Ogos 2012
22 Ogos 2012
Selamat Hari Raya dan Selamat Bertugas
20 Ogos 2012
15 Ogos 2012
Mesyuarat JKPA Bil. 8 Tahun 2012
PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar, 15 Ogos 2012 - Mesyuarat membincangkan Majlis Meraikan Persaraan Hj Khalid Mohd Salleh serta Majlis Hari Raya, Latihan Aplikasi "VLE", Program Berfokus (Pemilihan Tokoh NILAM dan Anugerah PSS Cemerlang) 2013 dan Pemantauan Pengisian Data iQ-PSS, i-NILAM dan SSQS. Perbincangan latihan "VLE" diadakan bersama Encik Mohd Esa bin Md Amin, Penolong PPD ICT.
14 Ogos 2012
10 Ogos 2012
Latihan Penggunaan HP Multi Seat
SK Parit No 5, Muar, 10 Ogos 2012 - Latihan ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang dan Cik Siti Salwa binti Ahmad, Juruteknik Komputer PKG Sungai Balang, Muar.
09 Ogos 2012
Mesyuarat Kurikulum Sains Pertanian dan ERT
PKG Sungai Balang, Muar, 09 Ogos 2012 - Mesyuarat dijalan mulai jam 11.00 pagi hingga jam 04.30 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Hajah Hanim binti Abdullah, Pengetua SMK Pekan Baru, merangkap Pengerusi Panitia Sains Pertanian dan ERT Sekolah Menengah Daerah Muar dan Ledang. Mesyuarat ini bertujuan untuk Penyelarasan Item Percubaan SPM Sains Pertanian dan ERT 2012.
Bengkel Kompetensi Penarafan SSQS
PKG Sungai Balang, Muar, 09 Ogos 2012 - Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman item dalam Aplikasi "Smart School Qualification Standards" bagi memastikan tahap pencapaian sebenar Pentadbir, Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Matapelajaran dan Murid dalam pembestarian sekolah.
08 Ogos 2012
Khidmat Bantu Aplikasi SSQS - SJKC Limbong
Parit Limbong, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, 08 Ogos 2012 - Khidmat bantu dijalankan bagi aplikasi SSQS 2012. Taklimat ringkas dan "hands-on" dijalankan kepada Guru Besar dan Guru Penyelaras ICT.
07 Ogos 2012
Bengkel HRMIS - Submodul Pengurusan Cuti dan SKT
PKG Sungai Balang, Muar, 07 Ogos 2012 - Bengkel diteruskan dengan pengurusan submodul cuti bagi semua Pegawai dan Pembantu Operasi PKG masing-masing, sementara submodul Pengurusan SKT Pembantu Tadbir PKG bagi penentuan keterangan dan KPI.
06 Ogos 2012
Bengkel HRMIS - Submodul Pengurusan Cuti dan SKT
Sungai Balang, Muar, 06 Ogos 2012 - Bengkel ini akan berlangsung mulai 06 dan 07 Ogos 2012. Peserta yang terlibat ialah Pembantu Tadbir PKG Daerah Muar dan Batu Pahat. Fasilitator ialah Puan Halimah Ab Latif (PT PKG Jalan Tunku Bendahara), Puan Sarinah Md Tap (PT PKG Serom) dan Encik Haslihuddin bin Suleiman (PT PKG Parit Bunga).
03 Ogos 2012
Mesyuarat Penyelarasan Program Latihan FROG VLE
BTPN Johor, 03 Ogos 2012- Mesyuarat ini dihadiri oleh Puan Norazilawati binti Husin, PTP PKG Sungai Balang, Muar. xxx ...
01 Ogos 2012
Bengkel Aplikasi HRMIS Submodul SKT
PKG Sungai Balang, Muar, 01 Ogos 2012 - Bengkel ini diadakan adalah lanjutan daripada bengkel yang telah dianjurkan oleh BTPNJ di PKG Parit Bunga pada 18 Julai 2012. Ia diadakan sekali lagi bagi memberikan kefahaman kepada semua PTP 32 dan JTK serta melancarkan proses pengisian SKT (Sasaran Kerja Tahunan) secara online di HRMIS. Fasilitator bengkel ini adalah Tn Hj Sha'piee b Ali. Ia turut dihadiri oleh Jurulatih Utama HRMIS Daerah Muar.
Langgan:
Catatan (Atom)