20 Februari 2010

Mesyuarat Mingguan PPD Muar-Ledang

Jumaat, 19 Februari - Encik Abu Saifuddin bin Haji Abu Hanipah dan Encik Sha'piee bin Ali, telah menyertai mesyuarat ini sebagai wakil PKG Daerah Muar-Ledang.

Dapatan makluman dan tindakan PKG:
Pemantauan berfokus bagi Program Membina Tabiat Membaca (Program NILAM) yang dilaksanakan oleh PKG Muar-Ledang perlu diteruskan bagi memastikan tahap pencapaian pembacaan murid meningkat bagi tahun 2010 dan mengenalpasti Calon Tokoh NILAM melalui data yang diperolehi.

Bagi memastikan data buku di Pusat Sumber Sekolah mengikut standard yang diperlukan, satu sistem/aplikasi pungutan data buku perlu dibuat mengikut pengkelasan buku melalui OfisBTP. Dapatkan data ini melalui Guru Perpustakaan dan Media.

Data prasarana ICT perlu dikemaskini dalam OfisBTP berdasarkan pemantauan dan diagnostik peralatan ICT secara berkala di sekolah-sekolah. Bagi memastikan data dapat dikemaskini, satu program diagnostik peralatan ICT perlu dilaksanakan di kawasan Parlimen Pagoh khususnya.

Tiada ulasan: