24 Februari 2010

Mesyuarat Pelan Pembangunan Pendidikan ICT Parlimen Pagoh

Menyelaraskan data inisiatif ICT peringkat Pendidikan Negeri Johor bagi tujuan pelaporan kepada Menteri Pelajaran Malaysia pada akhir Bulan Mac 2010.

Majlis Pelancaran MyIdeas@Schools

Lenga, 23 DFebruari 2010 - Majlis ini telah dilancarkan oleh TPM di SK Lenga, Muar.

20 Februari 2010

Mesyuarat Mingguan PPD Muar-Ledang

Jumaat, 19 Februari - Encik Abu Saifuddin bin Haji Abu Hanipah dan Encik Sha'piee bin Ali, telah menyertai mesyuarat ini sebagai wakil PKG Daerah Muar-Ledang.

Dapatan makluman dan tindakan PKG:
Pemantauan berfokus bagi Program Membina Tabiat Membaca (Program NILAM) yang dilaksanakan oleh PKG Muar-Ledang perlu diteruskan bagi memastikan tahap pencapaian pembacaan murid meningkat bagi tahun 2010 dan mengenalpasti Calon Tokoh NILAM melalui data yang diperolehi.

Bagi memastikan data buku di Pusat Sumber Sekolah mengikut standard yang diperlukan, satu sistem/aplikasi pungutan data buku perlu dibuat mengikut pengkelasan buku melalui OfisBTP. Dapatkan data ini melalui Guru Perpustakaan dan Media.

Data prasarana ICT perlu dikemaskini dalam OfisBTP berdasarkan pemantauan dan diagnostik peralatan ICT secara berkala di sekolah-sekolah. Bagi memastikan data dapat dikemaskini, satu program diagnostik peralatan ICT perlu dilaksanakan di kawasan Parlimen Pagoh khususnya.

18 Februari 2010

Khidmat Bantu Penyediaan Rangkaian Setempat SK Lenga

Khidmat Bantu dijalankan pada 17 dan 18 Februari 2010 di SK Lenga, Muar. Bandwidth capaian telah diupgred dari 2mbps kepada 4mbps oleh GITN. Tiga orang Pegawai dan seorang Juruteknik Komputer BTPNJ serta Semua PTP dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar-Ledang terlibat. LAN telah disediakan di Pejabat Pentadbiram, Bilik Guru, Perpustakaan, Bilik Tayang di mana ditempatkan 70 Unit CMPC dan Kantin Sekolah.

Mesyuarat Majlis Pelancaran MyIdeas@Schools


Mesyuarat ini telah diadakan pada hari Rabu, 17 Februari 2010 di Makmal Komputer, SK Lenga, Muar, yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani (Pengarah BTP).

Majlis Pelancaran akan diadakan pada hari Selasa, 23 Februari 2010, mulai jam 09.30 pagi, yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini dianjurkan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE).