26 April 2011

Mesyuarat Penyediaan Dokumen Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2011

Sungai Balang, Muar, Selasa, 26 April 2011 - Mesyuarat ini dijalankan mulai jam 02.00 petang bagi tujuan menyelaraskan dokumen berikut untuk tindakan sekolah. Antara dokumen itu ialah Surat Permohonan Penyenggaraan, Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-9) mengikut setiap peralatan, Salinan Kew. 312/A atau KEW. PA-2 (A/B) mengikut setiap peralatan dan perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar setiap halaman bercetak, dan Borang Laporan Status Pelaksanaan Penyenggaraan ICT Sekolah KPM 2011.
Semua dokumen ini perlu disediakan dalam 2 (dua) salinan, dan dihantar ke PKG Sungai Balang, Muar, sebelum atau pada 04 Mei 2011.

Tiada ulasan: