28 April 2011

Bengkel Verifikasi Data Asas Aset Alih Kerajaan di PKG 2011

PKG Jln Tunku Bendahara, Muar, 28 April 2011 - Bengkel ini dijalankan untuk Daerah Muar, Ledang dan Segamat, Johor. En. Asha'ari, En Azwan, Pn Engku Marsila dan Pn Nilam telah bersama-sama dalam bengkel ini. Setiap PKG diwakili oleh PTP dan PT masing-masing. Verisfikasi dijalankan dengan menyemak Daftar Harta Modal dan Inventori dengan KEW. PA-4 dan 5 yang telah dilengkapkan pada fasa 1. Membuat pembetulan pada data yang telah dimasukkan.

26 April 2011

Mesyuarat Penyediaan Dokumen Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2011

Sungai Balang, Muar, Selasa, 26 April 2011 - Mesyuarat ini dijalankan mulai jam 02.00 petang bagi tujuan menyelaraskan dokumen berikut untuk tindakan sekolah. Antara dokumen itu ialah Surat Permohonan Penyenggaraan, Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW. PA-9) mengikut setiap peralatan, Salinan Kew. 312/A atau KEW. PA-2 (A/B) mengikut setiap peralatan dan perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar setiap halaman bercetak, dan Borang Laporan Status Pelaksanaan Penyenggaraan ICT Sekolah KPM 2011.
Semua dokumen ini perlu disediakan dalam 2 (dua) salinan, dan dihantar ke PKG Sungai Balang, Muar, sebelum atau pada 04 Mei 2011.

21 April 2011

Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Bil. 2 Tahun 2011

Skudai, 21 dan 22 April 2011 - Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ishak bin Mahbob, Ketua Penolong Pengarah, BTPN Johor. Semua PTP DGA32 telah hadir. Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah menjadi topik utama dalam mesyuarat ini kerana akan diurus secara ePerolehan. Seperkara lagi ialah berakiatan Laporan Aktiviti PKG berdasarkan fungsi PKG. PKG diingatkan supaya menyediakan SKT Individu.

20 April 2011

Mesyuarat JK Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Bil. 4 Tahun 2011

Bukit Gambir, Ledang, 20 April 2011 - Mesyuarat ini bermula jam 09.00 pagi hingga 12.35 tengahari. Agendanya ialah membincangkan maklumbalas Mesyuarat Pagi Jumaat Bersama PPD, melengkapkan Data Kertas Makluman SKT PKG Daerah untuk pelaporan Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Johor Bil. 2 Tahun 2011, pasa 21 dan 22 April 2011 di BTPN Johor.

19 April 2011

Kursus Kompilasi Bahan P&P EduWebTV

Parit Bunga, Ledang, 19 April 2011 - Kursus Kemahiran Kompilasi Bahan P&P EduWebTV.

Aktiviti yang dijalankan ialah muat turun bahan, storan bahan (oleh En Sha'piee Ali - PTP PKG Sg Balang), bina kios bahan mengguna MS Powerpoint (oleh En Mohd Arshad Haron - PTP PKG Pt Bunga). Aktiviti atas talian ialah daftar ahli, bina playlist dan cara menggunakan kemudahan ini (oleh En Abu Saifuddin bin Hj Abu Hanipah - PTP PKG Tangkak).

18 April 2011

Kursus Kompilasi Bahan P&P EduWebTV

Parit Bunga, Ledang - 18 April 2011, kursus anjuran bersama PPD Muar dan PKG Daerah Muar Ledang. Peserta kursua adalah dikalangan Juruteknik Komputer PKG dan Sekolah Ahli.
Fasilitator yang terlibat ialah Tuan Haji Sha'piee bin Ali, Encik Mohd Arshad bin Haron dan Encik Abu Saifuddin bin Haji Abu Hanipah.

05 April 2011

Khdimat Bantu Infra LAN Asrama SMKA Maahad Muar

SMKA Maahad, Muar, 05 April 2011 - Penyediaan Rangkaian Setempat (LAN) meliputi Asrama Putera sekolah ini dan dipersekitaran surau bagi akses di kawasan Dewan Besar dan Rumah Kakitangan sekolah ini. Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh PTP PKG Parit Jawa serta Juruteknik PKG dan sekolahnya, dan PTP PKG Sungai Balang dan Juruteknik Sekolah Ahlinya.