29 April 2010

Mesyuarat Pengurusan Sekolah PPD Muar

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Khamis, 29 April 2010, mulai jam 02.30 petang di Bilik Mesyuarat 1 PPD Muar. Mesyuarat tersebut di adakan bagi tujuan menyeleraskan tugasan Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Warga Pendidikan Muar Sempena Hari Guru 2010 yang akan diadakan pada 25 Mei 2010, jam 02.30 petang di Kompleks Sukan Pagoh. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar telah diberi tugasan sebagai Jawatankuasa Pengambaran dan Dokumentasi. Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali dan Encik Mohd Arshad bin Haron.

Tiada ulasan: