07 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Inisiatif ICT 2010

Mesyuarat dijalankan di PKG Parit Setongkat, Muar. Tujuan untuk menyelaraskan aktiviti penyelenggaraan peralatan inisiatif ICT Sekolah Tahun 2010. Turut hadir Tuan Haji Sahabudin bin Jazuli, Pen Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Encik Zulkarnain bin Sanip, Pegawai ICT PPD Muar dan semua wakil PKG Daerah Muar dan Ledang. Agenda yang dibincangkan ialah Pelaksanaan Aktiviti, Proses Kerja Pelaksanaan Aktiviti, Penyenaraian Syarikat dan Penentuan Sekolah. Sekolah Menengah akan diuruskan melalui peruntukan PPD Muar dan Sekolah Rendah akan diuruskan melalui peruntukan BTPN Johor.

Tiada ulasan: