29 April 2010

Mesyuarat Pengurusan Sekolah PPD Muar

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Khamis, 29 April 2010, mulai jam 02.30 petang di Bilik Mesyuarat 1 PPD Muar. Mesyuarat tersebut di adakan bagi tujuan menyeleraskan tugasan Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Warga Pendidikan Muar Sempena Hari Guru 2010 yang akan diadakan pada 25 Mei 2010, jam 02.30 petang di Kompleks Sukan Pagoh. Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar telah diberi tugasan sebagai Jawatankuasa Pengambaran dan Dokumentasi. Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Haji Sha'piee bin Ali dan Encik Mohd Arshad bin Haron.

28 April 2010

Lawatan Tapak Pemasangan LAN SMK Sri Muar

Rabu, 28 April 2010 - Lawatan tapak yang dianjurkan oleh PKG Parit Bunga di SMK Sri Muar adalah bertujuan untuk merekabentuk pemasangan LAN. Disamping itu Ujian Capaian Talian SchoolNet perlu dilaksanakan bagi memastikan keupayaan LAN yang akan dipasang ke Pejabat Pentadbiran dan lokasi lain. Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Arshad bin Haron, Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali.

27 April 2010

Penyediaan Bahan Bengkel i-NILAM BTPN Johor

PKG Parit Jawa, Muar, 27 April 2010 - Penyediaan bahan tersebut disediakan bersama Tuan Haji Khalid bin Mohd Salleh, Encik Akbar bin Ibrahim dan Tuan Haji Sha'piee bin Ali.

22 April 2010

Penambahbaikan BBM Interaktif ERT JPN Johor

Parit Jawa, 21 dan 22 April 2010 - bengkel tersebut dijalankan di PKG Parit Jawa, Muar. Tajuk perisian ialah Penghilang Gelembung. Tuan Haji Khalid dan Tuan Haji Sha'piee melaksanakan bengkel ini. Puan Hjh Rokiah (ERT, JPNJ) serta Puan Jamilah (KS ERT) hadir pada 22 April 2010 untuk semakan kandungan.

19 April 2010

Taklimat Pengurusan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2010

PPD dan PKG Daerah Muar dan Ledang, Johor menjalankan taklimat tersebut kepada semua sekolah bagi tujuan penyelarasan dokumen dan peraturan perlu untuk melancarkan pengurusan di atas. Taklimat ini berlangsung mulai 19 dan 20 April 2010, di Dewan SK Ismail 1, Muar, kepada 4 kumpulan Pegawai Aset Sekolah. Encik Zulkarnain bin Sanip, Pegawai Khas ICT PPD Muar & Ledang bersama Tuan Haji Sha'piee bin Ali, PTP PKG Sungai Balang, Muar, telah menyampaikan taklimat tersebut kepada semua Pegawai Aset Sekolah.

17 April 2010

Bengkel Pengarangan BBM Interaktif Kelab Staf HSM



Sekolah Tinggi Melaka (HSM), Sabtu, 17 April 2010 - Bengkel dijalankan di Makmal Komputer Tingkatan 6 sekolah berkenaan. Penceramah bengkel Tuan Haji Sha'piee bin Ali telah dibantu oleh tiga orang fasilitator jemputan iaitu Encik Muhammad Khair, Encik Muhammad Hafiz dan Encik Muhammad Faiz.

13 April 2010

Bengkel Pengumpulan Data NILAM Tahun 2009

14 dan 15 April 2010 - Bengkel dijalankan menjurus kepada dua fokus utama iaitu Kemasukkan Data Terkumpul NILAM 2009 dalam Aplikasi i-NILAM dan Penyediaan Dokumen Pemilihan Tokoh NILAM. Guru yang terlibat ialah Guru Perpustakaan dan Media, Sekolah Ahli PKG Sungai Balang, Muar. Semua peserta diminta membawa data terkumpul NILAM. Semua dokumen yang berkaitan boleh dimuat turun melalui gpm.pkgsb@gmail.com atau jtk.pkgsb@gmail.com

08 April 2010

Ujian Capaian SchoolNet SK Parit Bulat, Muar

Hari Khamis, 08 April 2010, jam 08.00 pagi hingga jam 10.00 pagi:

Ping statistics for 10.251.3.2:
Packets: Sent = 1000, Received = 202, Lost = 798 (79% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 15ms, Maximum = 21ms, Average = 15ms

Ping statistics for 10.253.0.13:
Packets: Sent = 1000, Received = 192, Lost = 808 (80% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 15ms, Maximum = 22ms, Average = 15ms

09 April, jam 10.05 pagi, Encik Rosdi - GITN Johor telah memberitahu bahawa masalah teknikal yang berlaku. Router telah ditukar dan kapasiti TM ditetapkan semula.

07 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penyelenggaraan Inisiatif ICT 2010

Mesyuarat dijalankan di PKG Parit Setongkat, Muar. Tujuan untuk menyelaraskan aktiviti penyelenggaraan peralatan inisiatif ICT Sekolah Tahun 2010. Turut hadir Tuan Haji Sahabudin bin Jazuli, Pen Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Encik Zulkarnain bin Sanip, Pegawai ICT PPD Muar dan semua wakil PKG Daerah Muar dan Ledang. Agenda yang dibincangkan ialah Pelaksanaan Aktiviti, Proses Kerja Pelaksanaan Aktiviti, Penyenaraian Syarikat dan Penentuan Sekolah. Sekolah Menengah akan diuruskan melalui peruntukan PPD Muar dan Sekolah Rendah akan diuruskan melalui peruntukan BTPN Johor.

06 April 2010

Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif ICT Sekolah Tahun 2010

06 April 2010 - PKG Sungai Balang akan mengadakan mesyuarat bersama Guru Penyelaras Bestari/ICT dan Juruteknik Komputer Sekolah, mulai jam 02.00 petang di Bilik Kuliah, PKG Sungai Balang, Muar. Antara lain agenda mesyuarat ialah Aplikasi Atas Talian, Pelaksanaan Ujian Capaian SchoolNet dan Penyenggaraan Peralatan Inisiatif ICT Sekolah Tahun 2010.

03 April 2010

Kursus Asas Pengarangan Bahan Bantu Mengajar

Sabtu, 03 April 2010 - Kursus dijalankan di Makmal Komputer Sekolah Tinggi Melaka. Seramai 25 orang guru Kelab Staf sekolah ini telah mengikuti kursus ini. Kursus ini akan diteruskan lagi pada 17 April 2010. Peserta telah didedahkan perkara asas dalam proses pengarangan bahan bantu mengajar.

02 April 2010

Mesyuarat Agihan Peruntukan Penyenggaraan ICT Sekolah

01 April 2010 - Mesyuarat di atas dijalankan di BTPN Johor. Semua Wakil Pengurusan PKG Johor (Penghulu), wakil Pegawai ICT PPD Negeri Johor, Ketua Penolong Pengarah serta Ketua Unit ICT dan PTP Unit ICT terlibat dalam mesyuarat ini. Antara lain yang dibincangkan ialah Garispanduan Proses Penyenggaraan Peralatan Inisiatif ICT Di Sekolah Tahun 2010.