Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, d/a SK Orangkaya Ali, Sg Balang Muar, 83610 Semerah, Batu Pahat, Johor.
07 Julai 2007
Khidmat Bantu Penilaian Teknikal Perisian Kursus e-Bahan J-Qaf
Khidmat bantu telah dijalankan mulai 02 hingga 06 Julai 2007, di Hotel AnCasa, Jalan Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. Sebanyak 18 tajuk perisian kursus Pendidikan Islam telah dinilai untuk mata pelajaran J-Qaf tahun 1 (8 tajuk) dan tahun 2 (10 tajuk), bagi pendidikan Aqidah dan Sirah. Perisian ini akan diagihkan ke sekolah dalam bentuk "Stand alone CD" untuk kegunaan semua sekolah yang telah dan sedang melaksanakan mata pelajaran atau kelas J-Qaf. Dua orang penilai teknikal telah terlibat, iaitu En A.Rahman bin Yahya (Ketua PKG Lenggong, Perak) dan Haji Sha'piee Ali (Ketua PKG Sungai Balang, Muar). Tujuan penilaian ini dilakukan ialah supaya ujilari dan penggunaan perisian ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Cadangan penambahbaikan telah dicatatkan supaya pihak yang berkenaan memperbaikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan