31 Julai 2007

Bengkel/Latihan Pembangunan Bahan Kolaborasi "On-Line"

PKG Sungai Balang, Muar dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah melaksanakan aktiviti ini pada 31 Julai 2007 di Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar. Aktiviti in dijalankan bagi merealisasikan Aplikasi Pusat Akses Sekolah.
Antara kandungan bengkel/latihan ialah pendaftaran guru dan murid, "Manage Account", peranan dan aplikasi "Admin Tools", aplikasi web tools (Write, Media and Interact). Semua sekolah yang telah dilengkapkan dengan prasarana pusat akses telah mengikuti bengkel/latihan ini. SK Parit Bulat (Sekolah Kurang Murid dan belum mempunyai kelengkapan pusat akses) dijemput sama kerana sekolah ini mempunyai Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang di peringkat daerah dan negeri. Fasilitator bengkel/latihan ini ialah Encik Sha'piee bin Ali, Puan Norazilawati binti Husin dan Puan Nor Azizah binti Haji Saim.
Setiap sekolah dicadangkan melatih guru dan 5 orang murid untuk menyediakan bahan tambahan di pusat akses masing-masing.

29 Julai 2007

Seminar Pendidikan Daerah Muar 2007

Seminar Pendidikan Daerah Muar 2007 telah diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2007 di Hotel AnCasa, MITC Air Keroh, Melaka. Seminar ini diadakan sempena Sambutan Hari Guru, dianjurkan bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Muar, Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM-Muar), Majlis Perwakilan Perhubungan Pelapis Pendidikan (M4P), Majlis Sarjana Muar (MSM), Majlis Guru Besar (MGB-Muar) dan Majlis Guru Cemerlang (MGC-Muar).
Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Muar telah diundang untuk menyertai seminar ini dan ditugaskan untuk membentang satu kertas kerja yang berjudul - Pengoperasian PKG. Antara lain kandungan kertas kerja ialah peranan dan fungsi PKG, Sasaran Kerja Tahunan PKG, fokus SKT dan aktiviti utama PKG. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Encik Sha'piee bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sungai Balang, Muar, pada hari Sabtu, jam 12.00 pagi. Pegawai PKG yang menyertai ialah En Khalid Mohd Salleh (PTP PKG Pt Jawa), En Baharom Haron (PTP PKG Jalan Tunku Bendahara), En Abu Saifuddin Abu Hanipah (PTP PKG Tangkak), En Adnan (PTP PKG Pt Bunga), En Abd Rahman (PTP PKG Serom), Pn Teh Teow Yen (PTP PKG Bakri) dan Pn Anita Ibrahim (PTP PKG Pt Setongkat).
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Jamian bin Jaffar, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Beliau juga telah meyampaikan Sijil Penghargaan (Pembentang Kertas Kerja) dan Sijil Penyertaan (Peserta Seminar).

26 Julai 2007

Penilaian Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Johor 2007

Penilaian ini telah dijalankan pada hari Khamis, 26 Julai 2007 di Sekolah Kebangsaan Parit Bulat, Muar, yang telah mewakili daerah Muar bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Pegawai Penilai ialah Encik Azman bin Ahmad (Ketua Unit, PSP PSPN Johor) dan Encik Hasni bin Abd Samad (PTP PSPN Johor) dengan diiringi oleh Encik Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar). Proses penilaian berlangsung mulai jam 08.50 pagi hingga jam 10.30 pagi dalam suasana berinformasi dan ceria. Antara guru yang terlibat ialah Puan Hajah Miskiah (Guru Besar), Encik Zulkifli (PGB), Puan Merian (Guru Media) dan Encik Hishamudin (Guru Komputer).

24 Julai 2007

ISTILAH YANG PERLU DIFAHAMI ...

Pemantauan (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 1136).
[memantau - 1. menengok, melihat, menjenguk. 2. memerhati dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan untuk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb].
[pemantauan - perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau].

Khidmat Nasihat/Bantu (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 783 dan 126). [kerja dll untuk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb)].
(bantuan - sesuatu yang diberikan atau dilakukan untuk membantu, pertolongan, sokongan).

Bengkel/Latihan (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 162 dan 898).
(bengkel - 3. Mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu).
(latihan - pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan), ajaran yang diterima)

Laporan (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 892).
- sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dll) yang dilaporkan.
Pelaporan - perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan).

Analisis (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 51).
penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara erperinci atau mendalam.

Kursus (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, muka surat 857).
- pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yang diberikan dalam jangka masa yang agak singkat.

17 Julai 2007

Penyediaan Dokumentasi Pengoperasian PKG

Bengkel penyediaan dokumentasi pengoperasian PKG disediakan untuk pembentangan pada Seminar Pendidikan PPD Muar yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2007 di Angkasa MITC Melaka. Dokumen ini disediakan pada 17 Julai 2007 di PKG Parit Bunga, Muar. PTP yang terlibat ialah En Sha'piee bin Ali (PKG Sungai Balang), En Aziz bin Atan (PKG Bakri) dan En Mohd Arshad bin Haron (PKG Parit Bunga). Kandungan dokumen ialah objektif, fungsi, konsep, hubungan rangkaian, Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti, Organisasi Pengurusan, lokasi dan data sekolah, sasaran kerja tahunan dan maklumat am. Maklumat am yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah (PAS), Pasukan Konfigurasi Rangkaian (PKR), TV Pendidikan (Web TV), Talian SchoolNet dan Makmal Pengkomputeran.

11 Julai 2007

Khidmat Bantu Pembangunan Papan Cerita ERT

Khidmat bantu telah dijalankan pada 09 hingga 11 Julai 2007 di Straits Meridian Hotel, Bukit Baru, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kerja-kerja terakhir pembangunan papan cerita modul akses kendiri berasaskan ICT bagi mata pelajaran ERT telah dijalankan iaitu penyemakan dan penambahbaikan peta struktur, carta alir dan papan cerita bagi tujuan pembangunan perisian kursus yang akan ditayangkaji dalam bulan Ogos 2007. Khidmat bantu ini telah dijalankan oleh Encik Sha'piee bin Ali (Ketua PKG Sungai Balang, Muar), Encik Khalid bin Mohd Salleh (Ketua PKG Parit Jawa, Muar), Encik Yahya bin Seikh Salleh (Ketua PKG Bagan, Batu Pahat) dan Encik Abd Rahman bin Isnin (Ketua PKG Benut, Pontian). Puan Hajah Sutinah binti Abdullah, Penyelia Kanan Unit ERT Jabatan Pelajaran Johor sebagai Pengurus Projek telah memimpin pasukan pembangun ini yang disertai oleh 13 orang guru ERT di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian.

07 Julai 2007

Khidmat Bantu Penilaian Teknikal Perisian Kursus e-Bahan J-Qaf

Khidmat bantu telah dijalankan mulai 02 hingga 06 Julai 2007, di Hotel AnCasa, Jalan Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. Sebanyak 18 tajuk perisian kursus Pendidikan Islam telah dinilai untuk mata pelajaran J-Qaf tahun 1 (8 tajuk) dan tahun 2 (10 tajuk), bagi pendidikan Aqidah dan Sirah. Perisian ini akan diagihkan ke sekolah dalam bentuk "Stand alone CD" untuk kegunaan semua sekolah yang telah dan sedang melaksanakan mata pelajaran atau kelas J-Qaf. Dua orang penilai teknikal telah terlibat, iaitu En A.Rahman bin Yahya (Ketua PKG Lenggong, Perak) dan Haji Sha'piee Ali (Ketua PKG Sungai Balang, Muar). Tujuan penilaian ini dilakukan ialah supaya ujilari dan penggunaan perisian ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Cadangan penambahbaikan telah dicatatkan supaya pihak yang berkenaan memperbaikinya.

01 Julai 2007

Latihan Penggunaan Perkakasan PPSMI Fasa 5

Latihan ini telh diadakan mulai 23 April hingga 10 Mei 2007. Lima kumpulan guru dari sekolah-sekolah daerah Muar telah dipilih untuk menjalani latihan ini. Setiap satu kumpulan terdiri daripada 20 orang peserta. Peserta dikehendaki membawa komputer bimbit PPSMI Fasa 5. Latihan telah dijalankan oleh pihak Time iaitu vendor bagi perkakasan ini. Peserta diuji pengetahuan asas, tunjukcara konfigurasi wireless dan asas bagi peralatan ini.

Khidmat Bantu Pembangunan Papan Cerita

Khidmat bantu ini telah dilaksanakan pada 28 Mac 2007 di SMK Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Panitia Ekonomi Rumah Tangga Daerah Johor Bahru dengan Kerjasama Unit ERT Jabatan Pelajaran Johor akan menyediakan papan cerita bagi topik jahitan untuk dijadikan perisian kursus pendidikan interaktif untuk kegunaan murid tingkatan 4, 5 dan umum. Projek ini telah diketuai oleh Puan Hajah Sutinah binti Abdullah (Unit ERT JPNJ) dan Puan Hajah Ramlah (Pengetua SMK Taman Universiti sebagai Pengerusi Panitia ERT daerah Johor Bahru). Fasilitator bagi pembangunan papan cerita ini ialah Encik Sha'piee bin Ali (PTP PKG Sungai Balang, Muar) dan Encik Khalid bin Mohd Salleh (PTP PKG Parit Jawa, Muar). Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pemilihan topik, pembinaan peta minda (peta struktur) dan penulisan skrip kurikulum.

Bengkel/Latihan Kemahiran Jejak Maklumat Bersepadu

Bengkel/Latihan ini telah diadakan pada 30 Jun 2007, di SK Parit Nawi, Muar. Antara stesyen yang menjadi sumber maklumat ialah pameran Pasukan Gerak Am Bakri Muar, pameran Maybank, pameran Syarikat Takaful Malaysia, pameran Jabatan Kesihatan Muar, permainan membina perkataan melalui komputer, rujukan di perpustakaan dan rujukan sains di bilik tayang. Sempena latihan ini PKG Sungai Balang, Muar telah menyediakan kemudahan melayari internet tanpa wayar bagi memberi pendedahan dan kemudahan kepada pengunjung mengenai permohonan ke IPTA dan pelbagai institusi, seperti membuat pembayaran bil, proses pembayaran melalui internet antara institusi kewangan, pendaftaran pengajian bagi semester seterusnya dan Politeknik Mara.